"Saya Berani Lawan Raja"

Friday, March 20, 2009

MahaThir SEORANG PENDUSTA DAN PENDERHAKA


Apa yang peliknya jika MahaThir marah sangat kepada Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong tidak perkenan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Memang MahaThir jenis kaki haprak dan seorang pembengis. Bak kata MSO MahaThir jenis yang syok sendiri.

Mahathir terperasa dia masih merasakan dihormati dan disanjungi oleh rakyat. Sepatutnya dia sendiri insaf hanya segelintar sahaja yang mengelilinginya hari ini. Yang dok arak dia ke sana ke sini adalah para pendekar yang tempang, patah kaki dan tidak laku dalam Umno dan kerajaan saja.Tetapi Mahathir tetap merasakan para pendekar dan pengikutnya itu masih kuat. Kalau bukan diberi upah sesen dua, pengikut itu juga sudah lama tinggalkan Mahathir terkontang konting seorang diri macam orang meroyan.

MahaThir kata; Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna.

Ada orang kuat uMNO kata memang MahaThir, kalau tak gila mungkin lebih kurang nyanyuk. Orang bodoh pun tahu siapa yang hancurkan uMNO. uMNO yang ada sekarang bukan uMNO yang dibanggakan seperti dulu. Ini uMNO bikinan MahaThir seperti mak bapak dia punya. Semua orang tahu MahaThir adalah pemusnah UMNO. Sekarang ni orang uMNO sedang cuci tahi dan air kencing MahaThir. Masakan tahinajis MahaThir dapat di cuci dengan sekelip mata.

MahaThir kata lagi; Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Amboi banyak cantik muka hang, Najib yang tak pernah membersih dirinya dengan segala macam pertuduhan, tiba-tiba MahaThir bagi tugas cuci najis dia pada Najib. Sayang sungguh MahaThir pada Najib, sebab dia tahu Najib boleh dipulas telinga dan akan dengar apa saja kemahuannya. Sebenarnya, MahaThir adalah penderhaka kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu, kalau nak tangkap, tangkap MahaThir si pengkhianat kepada bangsa Melayu. MahaThir sebenarnya Bapa siKitul moden.

Thursday, May 8, 2008

ANWAR, PRESIDEN UMNO SELEPAS ABDULLAH BADAWI, KHAIRY TIMBALAN PERDANA MENTERI ?

Berkali-kali saya nasihatkan kawan saya yang sorang ni asyik dengan teori gilanya yang langsung tidak munasabah jika difikir dengan otaknya itu. Dulu semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau menasihatkan saya: “Mat.. kalau kau ‘gilakan’ sangat yang Anwar akan jadi PM, kau akan ‘meroyan’ sebab tak lama lagi Anwar akan 'makan hati berulam jantung'. Karier politik Anwar akan tamat” katanya dengan yakin. Waktu itu baru ‘beres’ Konvensyen Masyarakat Madani, UKM yang telah dirasmikan oleh TPM waktu itu Anwar Ibrahim. Saya langsung tidak hiraukan pendapat kawan saya ini, malah menganggapnya gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, kerana Anwar masih popular dalam UMNO, malah Mahathir berkali-kali terus menitahkan Anwar penggantinya. Anwarlah orangnya selepas Mahathir. Tiada yang lain.

Mudah saja katanya, orang yang hebat seperti Mahathir adalah satu kewajiban beliau untuk TIDAK memilih penggantinya yang jauh lebih ‘gantang’ dan makluk genius politik sepertinya. Mahathir sangat tahu Anwar begitu popular, hebat dan berpengaruh. Orang sebegini tidak harus menggantikanya dan beliau amat maklum Anwar tidak akan terus melayan ‘nafsu serakahnya’. Malah Anwar bukan orang yang akan menjaga ‘kepentinganya’ setelah beliau tidak berkuasa.

Kini kawan saya yang gila dengan teorinya ini muncul kembali. Katanya akan berlaku kejutan besar Khairy menantu kesayangan Abdullah akan melompat ke dalam Pakatan Rakyat. Kawan saya ini kata, Khairy akan bersama geng 22 nya bertindak dari semenanjung bergabung dengan geng 30 dari Sabah Sarawak, maka terbentuklah kerajaan baru di Malaysia yang ber PM kan Anwar Ibrahim dan ber TPM kan Khairy Jamaluddin. Satu gabungan yang kuat dan padu.

Beliau mendakwa lagi, Khairy terpaksa berkelakuan sebegini demi menyelamatkan ‘diri dan keluarga Abdullah Badawi’ terus relevan. Jika beliau tidak bertindak bijak menyertai PKR, beliau tidak mungkin bangkit lagi sebagai jagoan politik setelah Pakatan Rakyat berkerajaan di Malaysia. Malah Khairy akan dipuji rakyat kerana tindakan mulia beliau sanggup berkorban demi keadilan rakyat Malaysia. Maka termakbulah cita-cita beliau untuk menjadi pemimpin Negara dalam usia 40an. Jika beliau terus berada dalam UMNO kini yang sudah paras hidung hampir lemas, beliau tidak akan kemana. Ketua Pemuda UMNO pun belum tentu milik beliau.

Anwar tentu akan rela hati melantik Khairy sebagai TPM, jika Khairy orang yang pertama beserta dua puluh dua lagi ahli parlimen semenanjung menyeberang ke PKR, malah Anwar tentu masih ingat kalau bukan kerana jasa Khairy menghantar sendiri passport Anwar untuk berubat di Jerman, masakan Anwar kini boleh berdiri tegak dan lurus, berceramah sana sini. Tentu Anwar kenang jasa Khairy.

Saya masih lagi memikirkan dengan minat teori kawan saya ini, kerana saya tidak mahu lagi terkhilaf dengan teori kejatuhan Anwar suatu waktu dahulu. Namun ada satu perkara lagi yang paling tidak masuk akal, dakwa beliau setelah Anwar jadi PM beliau akan membubarkan PKR dan memperkukuhkan UMNO sebagai nadi utama bangsa Melayu. Anwar akan kembali kepangkuan UMNO dan menjadi presidennya. Yang ini betul-betul tidak masuk akal. Hidup Melayu !

Wednesday, May 7, 2008

Mahathir Mahu ‘Ancaman Anwar’ diPandang Serius

"Naluri saya kuat mengatakan (mengenainya), ia boleh benar-benar berlaku. Pada mulanya saya mahu menolak kemungkinan itu tetapi setelah mengkaji keadaan itu, saya rasa wujud ancaman besar.

"Sudah tentu, jika kerajaan sekarang hilang kuasa, ia tidak mempunyai kedudukan untuk mengagihkan pelbagai faedah kerana pada masa itu pengaruhnya sudah hilang," katanya selepas menyampaikan ucaptama mengenai "Kedaulatan Negara" pada Siri Syarahan Perdana Ke7 di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat perlu diberi perhatian.BN mempunyai 140 anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan Pakatan Rakyat 82 daripada sejumlah 222 anggota Parlimen.

Kepada soalan lain mengenai sama ada Pembangkang akan berjaya mendapatkan 30 anggota Parlimen berkenaan, bekas Perdana Menteri merujuk kepada Sabah dan Sarawak."Jika kita ambil Umno, MCA dan MIC, akar umbi mereka di sini (di semenanjung) dan bukan di Sabah dan Sarawak. Walaupun ada Umno di Sabah, ia dipindahkan dari sini ke sana. Mereka sebelum ini merupakan parti-parti kecil.

Jadi dapatkah kita pastikan yang mereka akan kekal setia kepada Umno? Saya fikir tidak," katanya.Beliau berkata malahan di Semenanjung, mungkin akan ada anggota Parlimen yang akan lompat parti kerana mereka tahu yang mereka akan berada dalam kerajaan baru pimpinan pembangkang.

Dr Mahathir berkata tindakan lompat parti itu tidak akan menimbulkan masalah jika BN telah menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan jikapun ada anggota Parlimen yang lompat parti, mereka tidak akan dapat banyak faedah kerana anggota Parlimen itu masih dengan kelompok pembangkang.

"Tetapi sekarang jika mereka lompat parti, mereka akan menyertai kerajaan lain, mereka tidak akan rugi, malahan mereka boleh buat duit," kata bekas pemimpin berusia 83 tahun itu.

Saturday, April 26, 2008

BUKAN SESUATU YANG SUSAH, ANWAR BOLEH MELAKUKANNYA - Kata Ku Li

"Jangan fikir kita akan terus berkuasa...hanya 30 kerusi boleh ubah pemerintahan negara ini. Ini bukan sesuatu yang susah hendak dibuat," tegasnya lagi.

Tengku Razaleigh berkata beliau terserempak dengan Anwar dalam penerbangan dari Kota Baru hari ini dan bertanyakan soalan itu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri."Saya tanya beliau (mengenai perkara itu), jawabnya dia serius. Itu jawapan beliau kepada saya."Tidak terjamin kita boleh kekal, tidak terjamin, itulah sebabnya saya sendiri risau dengan sikap pemimpin kita (mengenai dakwaan tersebut)," kata Tengku Razaleigh.

"Saya kenal banyak ahli parlimen (BN) yang terpilih baru-baru ini adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sewaktu beliau masih berkuasa dahulu dan mereka masih rapat dengan beliau. "Kemungkinan mereka akan berpihak kepada PKR jika kita tidak mengambil tindakan tegas untuk mengawal perasaan mereka," katanya ketika menjawab soalan dalam pertemuan dengan kira-kira 500 ahli Umno di sekitar Subang Jaya di sebuah hotel terkemuka hari ini.

"Kita tahu PKR begitu serius hendak kalah kita, bukan di peringkat negeri sahaja tetapi juga di peringkat persekutuan.Hingga sekarang pun PKR hendak tumbangkan kita. Dia sudah dedahkan cita-citanya itu seperti yang dilaporkan dalam akhbar.Dia sudah kata dia ada cukup bilangan kerusi parlimen untuk tubuhkan kerajaan, kalau tidak pada 31 Ogos, mungkin pada 16 Ogos," tambah Tengku Razaleigh.

"Ini bukan cakap main-main. Perasaan orang Sabah terhadap Umno tidak seperti kita di sini. Kita di sini dilahir dan dibesarkan dalam suasana Umno. "Segala yang kita sentuh ada kaitan dengan perjuangan Umno. (Tetapi) perasaan orang Sabah tidak seperti perasaan orang Umno di sini, tidak tebal," tegasnya.Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau bimbang dengan sikap pemimpin Umno yang tidak mengambil serius tentang perkara tersebut.

Friday, April 25, 2008

MAHATHIR - NAJIB
Tipu Helah Jenis si Kitul

(18SX hanya untuk bacaan dewasa sahaja)

Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh untuk membuka tirai – dengan mesyuarat agong tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh Hamzah telah dijadikan batu loncatan oleh Mahathir Mohamad. Razaleigh adalah perwakilan politik lama – politik era Tunku – politik ‘ the British clubby gentelman’ – di mana setiap kata adalah untuk di kota.

Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Mahathir Mohamad inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan adan ke zaman autokratik. Justeru, Mahathir Mohamad sedang merancang untuk menobatkan Najib Razak.

Seyogia perlu kita sama berwaspada dan mengetahui kenapa/mengapa Mahathir Mohamad memilih Najib Razak? Kita wajib memahami sebab musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang akan dibawa oleh Najib Razak.


Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib. Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Mahathir apabila melaporkan Najib Razak bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Mahathir ini bertujuan untuk menaikkan syahwat Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang Abdullah Badawi. Sebenarnya ini ialah tipu helah jenis Kitul.


(Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu kitab naratif kesejarahan oral orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman ke hadapan.)


Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Mahathir Mohamad memilih menteri-menteri kabinet dan para rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir. Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang terlibat dalam kematian wanita pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis adalah menteri besar Mahathir Mohamad yang setia.


Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz rottweiler betina terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Mohamad.


Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.


Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?


Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan. Dalam mahkamah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.


Najib Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik. Najib Razak berjuta-juta kali menerima rasuah dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model (bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Mohamad. Manusia Najib ini akan menjadi sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Mohamad.


Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishammuddin Hussein, rottweiler katek si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar untuk menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad.


Jadi siapa sebenarnya Najib Razak?


Najib Razak ialah pembawa zaman gelap ke dalam budaya politik Malaysia. Najib Razak akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia. Dari segi pembudayaan Najib pasti akan lebih Islam dari Pas. Lebih lebai dari Lebai Kulup. Dengan latar belakang keilmuan yang cetek, Najib untuk membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam. Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.


Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain, ia akan lebih dari itu. Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu tetapi akan lebih dari itu.


Buktinya: Tiga tahun dahulu ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa bahawa orang Melayu/Islam TIDAK boleh berkongsi Deepavali degan penganut agama Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah di sambut dan di sokong oleh Najib Razak. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah di sangkal oleh Abdullah Badawi. Ini contoh Islam kapal selam.


Seorang insan yang terlibat dalam kes satu pembunuhan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci dari Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingatkan kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak guruh pun tidak tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam dari kapal selam.


Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja Najib Razak.


Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib Razak ini wang komisen. Inilah dia susuk yang sedang di rancang dan sedang uli oleh Mahathir Muhamad untuk dijadikan perdana menteri.


Kenapa Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak?


Mahathir Mohamad adalah kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin, Vincent Tan, Eric Chia, Ting Pek King, Ananda Krishan dan Lim Kok Wing antara nama-nama lanun besar . Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung di bawah Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Mahathir Muhamad telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.


Seperti filem seram Rosemary's Baby semua orang yang diharap-harapkan memberi bantuan rupa-rupanya adalah sebahagian dari jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.


Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang di bawa oleh Abdullah Badawi ini dapat diteruskan mereka semua akan di dakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalah gunakan kuasa akan juga di hadapan ke mahkamah.


Adalah salah anggap jika kita percaya Mahathir mahukan Abdullah undur kerana legacy sedang di lupuskan. Menaikkan Najib tidak sangkut paut dengan legacy. Adalah salah bacaan politik jika menganggap bahawa Mahathir lebih sayangkan United Malay National Organisation. Mahathir mengharamkan United Malay National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Mahathir membuat semua ini untuk orang Melayu.


Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak kerana Najib Razak akan menjadi bangkai bernyawa dan TIDAK akan membuat apa dakwa dakwi terhadap Mahathir Mohamad dan para lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Mahathir akan di teruskan oleh Najib Razak.


Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib Razak sebagai pilihan tepat Mahathir Mohamad, sila tanya diri sendiri. Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima Perdana Menteri baru yang terlibat dalam kes pembunuhan? Apakah pembunuh boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. (Artikel dari Jelebu, Hishamuddin Rais)

Thursday, April 24, 2008

MELAYU BELUM PANDAI BERGADUH ?

Mengapa hijrah itu penting bagi mentukan kemajuan sosio-politik satu-satu kaum? Ini mungkin kerana hijrah memutuskan kita dari pegangan jumud dan pasif kepada bumi kampung halaman kita lalu membuka jiwa kepada keluasan alam Allah yang sebenar. Itu mungkin sebabnya antara asnaf penting adalah musafir. Rezeki lebih pun dikhaskan kepada sesiapa yang berhijrah atau bermusafir keluar dari kampungnya.

Ada kisah dan pepatah Melayu yang saya belajar dulu iaitu 'Anak Melayu Merantau Di Negeri Orang', lalu seorang lelaki yang masih remaja diberi oleh bapanya sedikit bekalan dan Quran lalu disuruh tinggalkan rumah mencari pengalaman hidup.

Pengalaman Melayu masih agak muda dan baru. Malah sejarah Melayu itu tidak pasti bermula bila. Yang saya belajar dulu ialah teori Param s/o Wara (Param anak lelaki Wara) seorang Hindu dari Palembang yang memeluk Islam lalu lari sehingga Melaka dan menjadi raja pertamanya. Itu dalam tahun 1404 barangkali. Tetapi pengalaman kerajaan Melayu pertama tidak lama cuma 106 tahun yakni tamat pada 1511 apabila Portugis datang menyerang.Sehingga 1957 apabila merdeka, Melayu itu masih tidak boleh dianggap tua, malah masih terkejut kerana kekangan 400 tahun penjajahan kepada minda dan sanubarinya sehingga tidak biasa dengan soal berperang dan menuntut kebebasan berfikir secara tersendiri. Nak buat 'jarum patah' pun disoal oleh Sultan Johor waktu itu.

Maka kaum Melayu itu masih dalam pra-metamofosis sosio-politiknya dan perlu melalui beberapa siri hijrah dan peperangan sebelum dapat mencapai kematangan dan kemajuan sepertimana yang biasa dilalui oleh semua kaum besar dunia.Saya agak zaman Mahathir ini sudah menolak Melayu itu ke kancah politik perdana sehingga disegani dan disanjungi dunia dibeberapa tempat dan dalam beberapa keadaan.

Hendaklah proses ini dimangkin dan digalakkan sehingga Melayu itu dapat 'come of age'.Pergaduhan terbesar berlaku zamannya iaitu dengan Raja maupun dengan rakyat. Mahathirlah yang menjadi Atilla dan Rasputin yang menendang beruang itu terbangun dari kesaljian politik.

Masa itulah orang berani panggil dengan nama shit dan p*k*m*k. Melayu sudah mula berontak terhadap dirinya.Budaya tempurung dan subsidi perlu dilepaskan dari mencengkam minda dan jiwa. Hendaklah dihidu udara bebas dan bersih sebelum dapat berdiri tegak sebahu dengan semua. Akan berlaku banyak lagi goncangan dan kejutan politik yang menyelongkar tali-perut terbelit psiki kaum sendiri sebelum dia dapat benar-benar merdeka dan bersuara tersendiri.

Budaya yang matang bergaduh tidak akan lihat kepada siapa yang bergaduh tetapi apa isu yang digaduhkan. Kaum Skandinavia seperti Jerman dan Swiss maju kerana mereka tak kisah kulit awak hitam legam. Yang mereka kisah jika awak bijak dan cakap lojik.

Kita di Asia masih lihat pada siapa lu yang bercakap itu. Dan jika tidak suka dengan percakapannya masih ada yang melatah dengan, "Pergi mampussslaaa luuu!".

Islam meletakkan satu tuntutan yang lebih tinggi bagi kita. Bukan sahaja kita perlu bertutur baik dan berhikmah, kita perlu juga mengamalkan apa yang kita katakan.

(Artikel dipetik dari http://padi-malaysia.blogspot.com/)
PENAFIAN UMUM
Blog ini adalah hasil dari gabungan artikel individu dan kumpulan sukarelawan, samada dicedok atau kiriman dari seseorang penulis, sebagai satu sumber bacaan orang ramai. Justeru, anda dimaklumkan bahawa maklumat-maklumat di sini tidak semestinya telah dinilai kesahihannya oleh golongan yang profesional di dalam sebarang bidang yang berkaitan bagi ketepatan dan kesahan maklumat di dalamnya.

Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di blog ini, ia hanyalah untuk menyatakan penulis blog TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Termasuk diruang ‘comments’ yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk menyiarkan nama, pertubuhan atau maklumat sulit lain, dibuat oleh seseorang yang tidak menyetujui atau mengambil kesempatan, dengan tahap pengetahuan di bidang berkenaan.

Kami sedang berusaha untuk memilih dan menyiarkan versi-versi artikel yang lebih diyakini, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Walaupun begitu artikel-artikel yang disenaraikan tersebut berkemungkinan telahpun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya.

Penulis blog juga tidak boleh dipersalahkan dengan sebarang ralat maklumat sama ada di dalam halaman mahupun halaman-halaman yang dipautkan daripada tapak web luar.

Sila pastikan yang anda memahami bahawa maklumat-maklumat di sini disediakan secara bebas dan tanpa ikatan.

Terimakasih kerana meluangkan masa membaca halaman ini.
Malaysiaku Tercinta

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;