"Saya Berani Lawan Raja"

Thursday, April 24, 2008

MELAYU BELUM PANDAI BERGADUH ?

Mengapa hijrah itu penting bagi mentukan kemajuan sosio-politik satu-satu kaum? Ini mungkin kerana hijrah memutuskan kita dari pegangan jumud dan pasif kepada bumi kampung halaman kita lalu membuka jiwa kepada keluasan alam Allah yang sebenar. Itu mungkin sebabnya antara asnaf penting adalah musafir. Rezeki lebih pun dikhaskan kepada sesiapa yang berhijrah atau bermusafir keluar dari kampungnya.

Ada kisah dan pepatah Melayu yang saya belajar dulu iaitu 'Anak Melayu Merantau Di Negeri Orang', lalu seorang lelaki yang masih remaja diberi oleh bapanya sedikit bekalan dan Quran lalu disuruh tinggalkan rumah mencari pengalaman hidup.

Pengalaman Melayu masih agak muda dan baru. Malah sejarah Melayu itu tidak pasti bermula bila. Yang saya belajar dulu ialah teori Param s/o Wara (Param anak lelaki Wara) seorang Hindu dari Palembang yang memeluk Islam lalu lari sehingga Melaka dan menjadi raja pertamanya. Itu dalam tahun 1404 barangkali. Tetapi pengalaman kerajaan Melayu pertama tidak lama cuma 106 tahun yakni tamat pada 1511 apabila Portugis datang menyerang.Sehingga 1957 apabila merdeka, Melayu itu masih tidak boleh dianggap tua, malah masih terkejut kerana kekangan 400 tahun penjajahan kepada minda dan sanubarinya sehingga tidak biasa dengan soal berperang dan menuntut kebebasan berfikir secara tersendiri. Nak buat 'jarum patah' pun disoal oleh Sultan Johor waktu itu.

Maka kaum Melayu itu masih dalam pra-metamofosis sosio-politiknya dan perlu melalui beberapa siri hijrah dan peperangan sebelum dapat mencapai kematangan dan kemajuan sepertimana yang biasa dilalui oleh semua kaum besar dunia.Saya agak zaman Mahathir ini sudah menolak Melayu itu ke kancah politik perdana sehingga disegani dan disanjungi dunia dibeberapa tempat dan dalam beberapa keadaan.

Hendaklah proses ini dimangkin dan digalakkan sehingga Melayu itu dapat 'come of age'.Pergaduhan terbesar berlaku zamannya iaitu dengan Raja maupun dengan rakyat. Mahathirlah yang menjadi Atilla dan Rasputin yang menendang beruang itu terbangun dari kesaljian politik.

Masa itulah orang berani panggil dengan nama shit dan p*k*m*k. Melayu sudah mula berontak terhadap dirinya.Budaya tempurung dan subsidi perlu dilepaskan dari mencengkam minda dan jiwa. Hendaklah dihidu udara bebas dan bersih sebelum dapat berdiri tegak sebahu dengan semua. Akan berlaku banyak lagi goncangan dan kejutan politik yang menyelongkar tali-perut terbelit psiki kaum sendiri sebelum dia dapat benar-benar merdeka dan bersuara tersendiri.

Budaya yang matang bergaduh tidak akan lihat kepada siapa yang bergaduh tetapi apa isu yang digaduhkan. Kaum Skandinavia seperti Jerman dan Swiss maju kerana mereka tak kisah kulit awak hitam legam. Yang mereka kisah jika awak bijak dan cakap lojik.

Kita di Asia masih lihat pada siapa lu yang bercakap itu. Dan jika tidak suka dengan percakapannya masih ada yang melatah dengan, "Pergi mampussslaaa luuu!".

Islam meletakkan satu tuntutan yang lebih tinggi bagi kita. Bukan sahaja kita perlu bertutur baik dan berhikmah, kita perlu juga mengamalkan apa yang kita katakan.

(Artikel dipetik dari http://padi-malaysia.blogspot.com/)

3 comments:

Anonymous said...

Aku memang kagum dgn mahathir. inilah contoh satu-satunya orang melayu yang betul-betul berani walaupun tahu ada risikonya. Namun mahathir lebih dikagumi jika dapat bermaafan sesama melayu terutama dgn anwar ibrahim. Bersatulah wahai bangsaku !

Anonymous said...

Cuba fikir kenapa Mahathir begitu susah untuk bermaafan dgn Anwar? Kalau kata anwar tu sodomi/salahlaku seks, rasanya itu bkn sbbnya. Kerana Najib lebih gila dari anwar, sehingga sanggup C4 Altantuya (walaupun kes mahkamahblm putuskan). Begitu juga kes anwar liwat, mahkamah telah bebaskan anwar.Pening aku memikirnya.

Anonymous said...

Apa yang nak peningnya... senang jawabnya ialah mahathir tu gila kuasa. Sekarang ni dia sedang bersodomi dgn najib untuk gulingkan pak Lah.

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;