"Saya Berani Lawan Raja"

Thursday, April 24, 2008

PENAFIAN UMUM
Blog ini adalah hasil dari gabungan artikel individu dan kumpulan sukarelawan, samada dicedok atau kiriman dari seseorang penulis, sebagai satu sumber bacaan orang ramai. Justeru, anda dimaklumkan bahawa maklumat-maklumat di sini tidak semestinya telah dinilai kesahihannya oleh golongan yang profesional di dalam sebarang bidang yang berkaitan bagi ketepatan dan kesahan maklumat di dalamnya.

Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di blog ini, ia hanyalah untuk menyatakan penulis blog TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Termasuk diruang ‘comments’ yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk menyiarkan nama, pertubuhan atau maklumat sulit lain, dibuat oleh seseorang yang tidak menyetujui atau mengambil kesempatan, dengan tahap pengetahuan di bidang berkenaan.

Kami sedang berusaha untuk memilih dan menyiarkan versi-versi artikel yang lebih diyakini, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Walaupun begitu artikel-artikel yang disenaraikan tersebut berkemungkinan telahpun diubah semula beberapa ketika sebelum anda membacanya.

Penulis blog juga tidak boleh dipersalahkan dengan sebarang ralat maklumat sama ada di dalam halaman mahupun halaman-halaman yang dipautkan daripada tapak web luar.

Sila pastikan yang anda memahami bahawa maklumat-maklumat di sini disediakan secara bebas dan tanpa ikatan.

Terimakasih kerana meluangkan masa membaca halaman ini.
Malaysiaku Tercinta

7 comments:

Anonymous said...

Termiakasih atas penafian.
Mahathir terlalu suka mengkritik orang lain, dan tidak salah jika ada blog/orang lain pula mengkritik beliau. Tidak semestinya semua kritikan mahathir itu betul, mungkin ada juga virus politik lama dan dendam lama.

Anonymous said...

Sepatutnya bahagian comment itu dikawal/dimoderatorkan supaya tidak berlaku seseorang yang menggunakan kesempatan memfitnah orang lain. Walaubagaimanapun gua happy lu sedar kesilapan lu. ok

DIN said...

Lepas Manchester, TUN ada perjumpaan di London pula.

Ambik la peluang bertanya soalan-soalan yang terbuku di hati.

Anonymous said...

Erm dari penafian nie comfirmlah penulisnya dari UK, agaknya dari Manchester la kot

Anonymous said...

2 kemungkinan, samada penulis ni orang manchester atau ada orang mnchester yg guna peluang untuk balas dendam. Errm janganlah mcm tu tak baik fitnah memfitnah. Ataupun ada orang yang nak handle program Tun tapi tak dapat?

Anonymous said...

Nasihat ini utk diri saya sendiri juga.

Mohon blog owner dilindungi Allah (jika Islam) dan tidak menjadi agen yang menyampaikan berita2 yang berbentuk fitnah atau menjatuhkan maruah mana2 pihak. Jika tidak pasti kesahihannya tak perlulah keluarkan berita tersebut.

Sekiranya tidak pasti kesahihannya & boleh mengeruhkan keadaan... ada lebih baik tidak disiarkan. Apa yang Quran pesan terkadang terlupa ketika asyik ber blog ni...

Anonymous said...

Saya bukanlah nak sokong penulis blog ni, tapi melihat kepada situasi sekarang ni, Mahathir nampaknya masih tak mengamalkan sikap bermaafan sesama islam, masih menabur fitnah sana sini kata orang sodomi. Atas dasar itu tak salah jika ada pihak lain balas balik fitnah si tua ni. kalau Mahathir bersikap 'negarawan tulen', bermaafan, mengaku kesilapan dulu...saya percaya ramai yang masih sayangkannya sebagai 'hero malaysia'. Tapi sikapnya tidak menunjukkan contoh tauladan itu. Itulah polotik beliau agaknya.

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;