"Saya Berani Lawan Raja"

Tuesday, April 22, 2008

MAHATHIR TIDAK SILAP MEMILIH ABDULLAH, TETAPI SATU KONSPIRASI JAHAT YANG TIDAK MENJADI

Sebagaimana biasa, Dr. Mahathir mencoba berselindung di sebalik kelemahan manusiawinya yang menyebabkan dia menjadi “a very bad judge of human character”. Menurutnya, pada waktu itu dia telah tersalah tanggap sifat dan sahsiah Abdullah Badawi yang sebenarnya, kerana pada waktu itu dia terkenal sebagai “Mr. Clean”.

Soalnya ialah: Pernahkah Dr Mahathir benar-benar berminat untuk mencari seorang yang bersih, seorang Mr. Clean, dalam pasukan pimpinannya maupun dalam kabinetnya?

Dan kini setelah melihat Abdullah beberapa tahun bertindak sebagai seseorang yang berkuasa, dia amat menyesali peranannya memilih Abdullah dahulu. Oleh kerana itulah dia kini begitu ghairah mengkritik Abdullah – dan berusaha menjatuhkannya!

Bagi saya alasan yang diutarakan Dr Mahathir ini merupakan alasan yang amat lemah, penjelasan yang tidak tulus dan sengaja diada-adakan.

Pengunduran Dr. Mahathir dari kekuasaan yang dipegangnya selama lebih dua dasawarsa itu bukanlah pengunduran yang berlaku dengan tiba-tiba. Sejak Umno dan BN menghadapi kekalahan teruk pada tahun 1999 (hampir sama teruknya dengan kekalahan tahun 2008), Dr Mahathir telah berusaha keras untuk memulihkan Umno.

Menjelang tahun 2003 usahanya itu ternyata gagal. Dr. Mahathir mulai sedar bahawa BN dan Umno akan menghadapi malapetaka yang lebih besar jika dia sendiri terus memimpin parti itu dalam pilihanraya yang berikutnya – dijangka akan berlangsung pada tahun 2004.

Dr. Mahathir ingin meneruskan zaman pemerintahannya yang sudah lama itu, namun keadaan tidak lagi mengizinkan. Oleh itu, dia sejak beberapa lama sudah merencanakan pengundurannya tetapi dengan hasrat terselindung untuk terus dapat mempertahankan legacy dan kepentingan diri dan keluarganya.

Oleh yang demikian, dia tidak berminat untuk mencari seorang pengganti yang dijangka akan lebih mantap daripada dirinya sendiri – dan dengan itu akan dapat menghindarkan kemungkinan kegemilangan zaman dan dirinya dimalapkan oleh kejituan penggantinya itu.

Abdullah Badawi merupakan pilihan yang dilakukan secara sedar oleh Dr Mahathir dalam kerangka rancangan “pengunduran dirinya” yang palsu dan tidak berniat murni itu.

Dr Mahathir bukan baru mengenal Abdullah – dia merupakan rakan sejawatannya dalam kerajaan dan dalam Umno selama berdekad-dekad lamanya. Malah dia pernah menjadi musuh – dan disingkirkan – kerana keterlibatannya dengan kelompok Ku Li yang telah mencabar kepimpinan Dr Mahathir.

Oleh yang demikian, tentulah mustahil Dr Mahathir tidak mengenal Abdullah Badawi yang sebenarnya, menyedari segala kekuatan dan kelemahannya, apakah beliau merupakan “bahan” yang wajar dijadikan calon PM negara ini.

Namun pemilihan Abadullah telah dirancang dengan tujuan tertentu.

Oleh yang demikian, banyak orang yang terperanjat dan kaget, apabila Dr Mahathir pada mulanya memilih Abdullah sebagai timbalannya dalam Umno dan dalam kerajaan – melangkahi beberapa tokoh lain yang jauh lebih tinggi kedudukannya dalam hirarki kepimpinan Umno.

Nyatalah bahawa Abdullah telah dipilih (mengatasi tokoh-tokoh lain itu) bukan kerana kekuatan dan kelebihannya – malah kerana kelemahannya. “Kelemahan” itu diperlukan sebagai semacam jaminan bahawa legacynya sendiri tidak akan dimalapkan dan diatasi (overshadow) dan penggantinya itu akan terus dapat dimanipulasi untuk terus melindungi kepentingan dirinya sendiri.

Salah satu faktor besar yang menjadi pertimbangan Dr. Mahathir dalam membuat perkiraan tentang penggantinya itu ialah Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang meringkuk di penjara Sungai Buloh.

Dr Mahathir perlu memastikan bahawa si penggantinya kelak merupakan seseorang yang tidak begitu bersimpati (malah kalau boleh bersikap amat membenci dan memusuhi) terhadap Anwar demi menjamin bahawa nemesisnya itu tidak akan kembali dengan segala kekuatannya untuk menghantui Dr. Mahathir pada waktu zaman persaraannya kelak.

Dan siapakah yamg lebih membenci Anwar Ibrahim pada waktu itu, berdasarkan sejarah persaingan antara mereka dalam konteks kepimpinan Umno, kepimpinan Umno Pulau Pinang, persaingan dalam sejarah gerakan-gerakan pelajar yang mereka pimpin (PKPIM dan GPMS)?

Dr Mahathir memerlukan Abdullah sebagai tangkal untuk menghindar rasukan momok Anwar Ibrahim yang masih bertapa di Sungai Buloh ketika itu.

Sewaktu Dr Mahathir mengumumkan pengunduran dirinya dalam suatu peristiwa yang penuh drama dan air mata di pentas Perhimpunan Agung Umno pada tahun 2003, kedudukan Abdullah sebagai penggantinya telah menjadi begitu kuat dan mantap.

Abdullah seterusnya memperoleh kemenangan dan mandat besar dalam PRU-11 pada tahun 2004 – bukan atas reputasi dirinya sebagai penerus warisan Dr Mahathir tetapi sebagai pengganti Mahathir. Abdullah memimpin BN dalam pilihanraya tahun 2004 itu sebagai lambang cahaya baru dan harapan baru setelah tiga dekad yang muram lagi melemaskan di bawah Dr Mahathir.

Kemenangan besar Abdullah itu sesungguhnya merupakan kekecewaan pertama bagi Dr Mahathir dalam keresahannya untuk memastikan bahawa legasinya tidak diatasi oleh penggantinya.

Kekecewaan itu semakin hari semakin bertambah pula, berikutan dengan langkah Abdullah menguak ketepi beberapa rancangan dan dasar yang telah dimulakannya – dan dengan Abdullah sendiri mula memantapkan amalan kronisme dan nepotismenya sendiri pula.

Oleh yang demikian, dakwaan Dr Mahathir bahawa perlantikan Abdullah sebagai penggantinya itu merupakan suatu kesilapan merupakan dakwaan yang tidak berasas dan tidak boleh dipercayai. Malah perlantikan itu merupakan suatu rencana jahat yang ternyata tidak menjadi.

Kini, Dr Mahathir tampaknya sedang berusaha gigih untuk memastikan bahawa Abdullah Badawi akan tumbang melalui proses yang berlaku dalam batang tubuh Umno sendiri. Sebab itu dia tidak sekadar rajin berceramah di majlis anjuran Bahagian-Bahagian Umno yang anti-Abdullah dan memberikan sokongan kepada beberapa inisiatif seperti inisiatif yang dipimpin Ku Li.

Dr Mahathir amat mengharapkan bahawa senario yang demikianlah yang akan terjadi. Kejatuhan Abdullah melalui penolakan Umno sekurang-kurangnya akan memberikan harapan tentang kemungkinan kuasa Abdullah diambil alih seseorang yang mungkin dapat dimanipulasinya – tambahan pula jika anak sendiri terlibat dalam kelompok berkuasa tersebut.

Yang amat ditakuti Dr. Mahathir kini adalah kemungkinan Abdullah tewas melalui proses di Parlimen yang akan menyebabkan kuasanya jatuh ke tangan pihak pembangkang.

Dengan terjadinya senario yang demikian, kemungkinannya memanipulasi akan hilang dan pendedahan tentang dosa-dosa masa lampaunya akan menjadi lebih mungkin – seperti yang telah terjadi dalam hubungannya dengan kes pita Lingam dan dakwaan Param Coomaraswamy baru-baru ini.

Patutlah, dalam usahanya untuk menggesa para ahli Umno lebih cepat bertindak, tuduhan terakhirnya ialah bahawa pihak pembangkang kini (yakni para pemimpin Pakatan Rakyat) merupakan penyokong dan peminat Abdullah Badawi yang paling besar. Oleh itu Umno harus bertindak segera menjatuhkan Abdullah, sebelum pihak pembangkang berjaya melakukannya.

4 comments:

Anonymous said...

Mahathir memang gila. Memang seorang yang tak berhati perut. Rakyat malaysia dah tahu hati busuk kamu. Mana yang masi tak insaf,masih sanjung si tua bangka ni... bertaubatlah segera. Anda sebenarnya menyokong perasuah,penjenayah dan kaki buli yang merosakan malaysia.

Anonymous said...

Why worry.
Take on Mahathir - he is only human. It is a prize worth winning.

Anonymous said...

Ramai yang menggesa saya memberikan respon balas ke atas bidasan Dr Mahathir. Tidak perlu saya melayani bidasan tersebut. Dengan ruang media yang agak terbuka sedikit, rakyat lebih terdedah dengan maklumat.

Dr M memilih untuk membela peguam peribadi beliau VK Lingam - correct..correct..correct!

Pastinya terlalu berat baginya memikul beban dan bahana dari membara semula kes penyingkiran Tun Salleh Abbas dan hakim Mahkamah Persekutuan!

Dan saya musykil dengan tegurannya terhadap sikap “penakut” Dato’ Seri Najib, apakah helah atau muslihat?

ANWAR IBRAHIM

Anonymous said...

Mahathir masih harapkan najib sebagai PM, sebab dia boleh pulas dan heret najib. inilah politaik mahathir. sebab tu sebok peralihan kuasa. memang mereka ni dah pakat untuk nampak mcm bergaduh. walhal kat belakang sedap jer 'bersodomi'. itulah mahathir fuck najib.

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;