"Saya Berani Lawan Raja"

Sunday, April 20, 2008

MAHATHIR TIDAK BERSIKAP ‘SEORANG NEGARAWAN’, SEBALIKNYA TERUS BERKONGSI ‘CERITA LAMA YANG MALANG’ DENGAN PELAJAR LUAR NEGARA


Tiada apa yang menariknya apabila mengikuti sejenak bersama Tun Mahathir, Jasamu Dikenang bertempat di University of Manchester UK pada April 19 2008 yang lalu. Tun kembali mengimbau sejarah 'berliku' yang beliau telah cipta selama memimpin Malaysia. Semuanya beliau dakwa telah dilakukan untuk kebaikan Negara, bermula dengan kisah beliau melawan Tunku, yang mana beliau terpaksa mengutus surat menasihati Tunku, kerana beliau mendapati rakyat mula mempertikai ketokohan Tunku sebagai pemimpin. Penentangan terhadap Tunku akhirnya rakyat yang merasa keamanan apabila kepimpinan Negara bertukar dibawah pentadbiran Perdana Menteri yang lebih cekap.

“Saya yang memasukkan Anwar kedalam UMNO”. Dengan nada berseloroh Mahathir berkata beliau terpikat dengan Anwar dan berani membawa Anwar kedalam UMNO kerana terpedaya dengan ‘kealimannya’. Beliau mengkisahkan satu ketika beliau dan Anwar berada dalam pesawat negara, dan beliau begitu terkejut kerana orang ini begitu taat kepada sembahyang. Mahathir mengaku beliau tidak bersembahyang dalam penerbangan, namun dilihat Anwar begitu tekun dan rajin.

Apabila satu soalan yang merujuk kepada pemecatan Anwar, Mahathir dengan yakin berkata beliau terpaksa melakukannya kerana percaya kepada bisikan polis yang mengatakan Anwar adalah seorang ‘sodomi’. Beliau pada awalnya tidak bersetuju dengan cerita jahat itu namun kini beliau amat yakin Anwar seorang homoseks yang tidak boleh dimaafkan. Namun katanya, jika ada yang tidak percaya kepada cerita sebegini, itu bukanlah haknya untuk memaksa orang lain mempercayainya.

Rata-rata pelajar amat tersinggung dan merasa kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang tidak menggambarkan sikap negarawan tulen, sebaliknya terus menyerang musuh politik beliau tanpa henti. Sikap busuk hati dan khianat ini memberi implikasi yang besar kepada kepimpinan Negara, kerana Mahathir sebenarnya membuka pekung didada. Beliau terus menjaja cerita buruk dan hina pemimpin UMNO, yang suatu ketika dulu beliau merupakan Presidenya.

Kebanyakan pelajar yang hadir terpaksa membayar sejumlah wang semata-mata ingin bersua muka dan merindui bekas Perdana Menteri itu. Yang dinantikan ialah kata-kata semangat dan tunjuk ajar dari seorang yang berpengalaman sebagai warisan generasi muda. Namun beberapa pelajar meluahkan rasa muak dan sinis kerana sepatutnya Mahathir menunjuk jalan perpaduan antara kumpulan penuntut luar Negara, sebaliknya rasa tidak puas hati politik terus dimainkan secara hasutan untuk menolak kepimpinan yang ada sekarang.

Mahathir juga dengan nada membuli dan disambut gelak ketawa hadirin apabila merujuk kepada pentadbiran Abdullah yang amat lemah dan perlu diganti segera. Menjawab kepada satu soalan adakah Najib masih pilihannya, beliau berkata itulah tradisi UMNO, timbalan akan mengambil alih jawatan yang dikosongkan. Namun Najib hari ini digambarkan begitu takut kepada Abdullah, hanya mengiyakan segala apa salah atau betul, tanpa melawan. Bersambung....

26 comments:

Anonymous said...

hmmm...habislah engko orang. sb dah catat nama. boleh kemas barang, sewa kontenalah.

Anonymous said...

photo with caption 'jet peribadi' was used without the consent of the photographer who has no idea how it was obtained and being used in this blog. please could the author of this blog remove it with immediate effect

Anonymous said...

emm...seingat saya takde sape pun yang memaksa saya bayar £10 tu untuk hadir di sessi tersebut.

u are entitled to your opinion. however, looking at how Tun was literally mobbed by the students etc after the session (to salam or take photos), I am inclined to believe that he has many support that day. I am sure you witnessed it too.

Dan saya rasa ramai juga (termasuk saya) yang tak perlu Tun untuk meyakinkan mereka yang Abdullah bukan seorang Perdana Menteri yang baik. Sudah terang lagi bersuluh.

Anonymous said...

Pulang ke Malaysia, lihat dan nilaii siapa anuwar. Era Mahathir telah berlalu, Anuar terus memain cerita lama menghentam Mahathir. Beliau langsung tidak menyentuh pak lah.

layari www.mykmu.net

Anonymous said...

Saya hadir sekali program ini bagi mengetahui perkembangan politik tanahair dan juga cuba menyelami pemikiran mantan Perdana Menteri. Tapi saya rasa penulis blog ini tidak jujur dan berniat jahat serta tidak bersifat profesional apabila menamakan beberapa AJK MCCH terlibat bagi menganjurkan program ini. Sepatutkan MCCH tidak dikaitkan langsung dengan program ini kerana penganjur telah menamakan mereka sebagai Kumpulan Prihatin Malaysia UK

Anonymous said...

I agree with galapagos opinion as no one was forced to attend the ceremony. You are entitled to your opinion but don't apply your own perception on other attendees and shaming people. That's cheesy mate!

Unknown said...

Pandai cakap kat blog apa bikin saudara, awat tak berani khabaq mai kat Tun, lenkali pi la jumpak dia khabaq dia apa yg ada dlm hati hang ... kah kah

Anonymous said...

Mahathir is a bangkai bernyawa.

Anonymous said...

brother, sila keluarkan gambar Tun di airport, jika tidak si jurugambar akan menerima menerima kesan dari tindakan anda. kami tahu.....

Anonymous said...

Sungguh hina penyokong Mahathir. Guna segala gertak dan ugut. Memang Mahathir berbangga dengan pencacainya. Dapat berapa ringgit buat program baru ni? Mahathir bermewah dengan jetnya, yang tukang jilat mahathir dapat apa?

Anonymous said...

penulis blog secara terangan berniat jahat dengan menulis caption "jet peribadi" sebegitu, ditambah pula dengan menulis nama-nama warga MCCH yang tiada kaitan dengan program kali ini. Jika anda tiada di situ apabila Tun sampai mahupun berlepas, siapakah anda untuk menilai jika Tun tiba dan pulang menaiki jet peribadi? Dan jika anda menganggap Tun seorang yang jahat, apakah bezanya anda yang cuba menjatuhkan maruah orang lain?

and to steal the picture from somebody else?that's just low.

Anonymous said...

awak ingat tun seorang saja naik jet peribadi ke? come on lah. what about the other politicians? be fair man. just because you dont like the guy, doesnt mean you can hentam him without any valid reasons. awak kutuk2 mahathir, pro anwar/pak lah awak dapat apa? nothing kan. bukan dapat tanah or whatever right? so, who are you to say that the people who went and dengar apa mahathir ckp and agree with what he said etc are his butt kissers? kami tak dapat apa2 jugak. i went, i talked to him, i didnt get anything in return except that i got to thank him for bringing malaysia to such great heights. so jaga sikit mulut tu lah. awak boleh suka sapa awak nak suka, tapi apa hak awak nak menafikan sokongan saya kepada mahathir?

be more open minded lah bro. just because you hate mahathir, you cant kutuk his supporters just because kami pergi the talk and agreed with what he said. the last time i checked malaysia is a democratic country ye tak?

stop being a member of pak lah's Gestapo dude.

Anonymous said...

Tun nak tunjuk kaya lah tu. Dah rompak duit rakyat bolehlah berjalan mengelilingi dunia. Dah tua. Sat gi mati tak sempat rasa syurga dunia, sebab dia ni banyak dosa, sebab tu takut pakatan rakyat, nanti segala kejahatannya akan dikorek balik. Walaupun aku tak datang program tu, tapi aku rasa tun tu dah nyanyuk sangat. Penyokongnya 2x nyanyuk. Korek,korek,korek. Kawanlah engko orang dengan keling Linggam tu!

Anonymous said...

Hai Melayu... Kalau kepala kampung tu kampung jugak, tak kira la kat mana sampai pon.

Awatnya? Kalau sokong sapa pon, tak boleh ka nak pi tengok. Pro anwar pon ada jugak dlm tu. Yang barua mana dok jadi tali barut komunis wat laporan tak telus, pasai pa? Buat orang meluat lagi ada. Banyak sangat makan pork chop la tu kat manchester!

Sokong sapa pon, watpa nak tutup sebelah mata kepada sebelah pihak? Melayu tetap melayu, kampung tetap kampung!

Kita semua bebas nak pi mana, nak tengok sapa! Penakut tak dak kote!

Anonymous said...

Haaa tengoklah puak mahathir, dah mula melucah. Sebut yang bukan-bukan. 'Kote' tu apa benda? Tiru sangat perangai hodoh mahathir. Kalau mahathir mati nanti kau jadi PM ker. Atau jadi sesumpah jilat sana jilat sini. Engkau orang yang patut insaf. Memang 'buta perut'. Sokonglah PAS baru bahagia dunia akhirat.

Anonymous said...

Woi bangang, hang la bodo! Bepuak puak. Awat hang melayu puak mana? Bodo! Jilat buntut org pas hang bole dapat balak kat Kelantan! Ceh, cheap!

Anonymous said...

Mahathir jahat hasut Najib lawan Paklah. Tengoklah jawapan najib dalam mstar; walaupun beliau nanti jadi duta monggolia tapi akhlaknya berbudi bahasa. Bukan mcm mahathir jenis gila babi;

Saya bukan penakut: Najib

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau lemah dan pengecut dan tidak layak menjadi Perdana Menteri.

"Ia bukan masalah `Mr Yes Man atau tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun, cara yang terhormat. Itu yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau tidak seharusnya menjadi Perdana Menteri kerana tidak berani mendedahkan sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya lepas.

Najib berkata sorotan sejarah Umno akan membawa orang ramai melihat bahawa penyerahan kuasa yang pertama antara almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan allahyarham Tun Abdul Razak Hussein berjalan dengan cara yang baik.

"(Allahyarham) Tun Hussein Onn serah pada Tun Dr Mahathir pun dengan cara yang baik. Sudah ada tradisi, cara yang baik yang diamalkan dalam parti.

"Pada hemat saya itulah cara yang terbaik dan kaedah yang baik untuk kita melakukan perubahan kepada kepimpinan negara seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dan presiden parti," katanya.

Anonymous said...

Dengar ceritanya Paklah,Anwar, Mahathir telah baca blog ni. Mahathir kata macamana jet beliau ada kat banyak blog. Mesti ada musang berbulu ayam.Melayu makan melayu. Tikam menikam.

Anonymous said...

ala.. budak lagi dia nie.. tulis pon gaya2 PAS.. ala2 sensasi.. herannye dok pin orang sana sini...diri sendiri punyer salah tak nampak ke? kami ni takdelah pro mahathir ke bagai.. tp respect la sket.. org tu dah buat macam2 pada negara kita sebelum ni, ko nie buat ape? pasai tu lah ramai maki...

plus ngan sape hang nie sedap2 kata rata2 yg dtg muak dengar mahathir cakap? kami tak muak pon.. hang sorang je yg muak, hang angkut semua yg lain muak.. ntah apa2... kalau dah rasa benci sangat, yg hg sanggu bayar £10 tu buat mende? baik hang sedekah £10 tu pada akaun PKR atau PAS yg hang dok sokong2 tu lagi bagus..

ohhhh.. hang kata mahathir ckp isu lapuk ek?? habis ANWAR tu tak cakap isu lapuk ka?? pi ceramah2 dia mana2 pon.. duk ulang mende sama aja!! pi mai pi mai tang tu jugak...

pesanan: abis kan degree dulu... keringkan ingus dulu sebelum nak cakap banyak2 ye dek oi...

Anonymous said...

pandai2 jer korang ni kata itu jet peribadi, aku nampak jet yg parking kat belakang tu, stripe kat body plane tu sama jer ngan jet yang tun naik....charter plane ler tu...air taxi la lebih kurang...bukannya jet peribadi yg boleh dibawa keliling dunia. kalau bawak jet tu keliling dunia, mau sejam sekali kena landing isi minyak.....pakai la otak sikit

Anonymous said...

belum lagi apa dah buat andaian kata tun naik jet peribadi. Comfirm pemilik blog ini tidak tahu apa yg ditulis dan terus tulis tanpa bukti, Malu..malu

Anonymous said...

Dengar cerita mahathir ada rumah singgahsana macam istana di uk. Kaya betul mahathir ni. Maklumlah 22 tahun mencuri duit rakyat. Sebab tu ramai nak berbaik dgn mahathir, manalah tahu kot boleh dpt harta pusaka. Jutawan gitu!

Anonymous said...

Thank you Anon 2.26...

Baru je nak cakap... there's a big difference between private jet and charter flight. So what if he can afford to take charter flight? With his health condition and his age, its certainly the best option rather than braving the crowd at shambolic T5 kan or airport2 yang di ceruk london tu.
Yes, its expensive but remember that dia kerja selama 22 tahun tu bergaji. Banyak expenses kerajaan tanggung, as he himself admitted. Simpan duit kat bank dapat interest/invest memang lah banyak duit dia..tambah pension lagi. Kenapa nak dengki?

Anonymous said...

Mana pulak dengaq cerita dia ada singgahsana kat London. Hampa ni suka dengaq cerita la, Tolong quote kalau sumber tu betul. Jangan dok dengaq kabar angin saja. Jadi orang terpelajar sikit. Kalau betul... Bongkar, bongkar dan bongkar... Aku pon bermina jugak nak tau cerita yang sahih, setakat sembang belakang jamban hang simpan kat hang sorang dah la...

Anonymous said...

Aku rasa engko orang ni dah kena sabotaj. Yang aku tahu Zaini(orang kuat Sanusi Junid),Raja Iskandar dan Jupri (pro PAS), Saidi (orang kuat anwar/PKR kerja PTD kat JPM), afif dan lain tu aku tak tahu sangat. Macamana dia orang ni boleh menyokong program Mahathir. Musykil aku ????

Anonymous said...

ehehehehhehe.. nie lebih pada kes tak puas hati pada MCCH dan UMNO Club Manchester le nie.... biler tak puas hati, kaitkan org yg x bersalah pulak.. pi rah penulis blog!

macam budak2.. (ke memang budak2 berhingus lagi nie?)

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;