"Saya Berani Lawan Raja"

Wednesday, April 9, 2008

PROKSI 'BERMAZHAB SYIAH' INGIN MENGUASAI PARTI PAS, APAKAH KESUDAHAN EPISOD PERBALAHAN INI?

Ramai percaya menikmati kemenangan itu tidak tergambarkan, kerana ada yang terkejut, ada yang seperti berada dalam mimpi dan ada yang masih ragu kejayaan bagi parti Keadilan, PAS dan DAP dalam pilihanraya yang lepas.

Namun dalam menyambut kemenangan dan bertukar ganti pemimpin, di suatu sudut lain pula terdapat pertelagahan kononya secara ‘aman’ dalam menuntut pengisian kemenangan tersebut.Kini mula kedengaran satu puak yang berpihak kepada satu-satu fahaman mula berani mengkritik pihak lain. Dalam ertikata PAS kini mula membentuk kepuakan bagi menjaga pegangan dasar dan prinsip yang tidak sehaluan.

Kita amat sedih jika sentimen mazhab seperti syiah mendominasi kutuk mengutuk dalam hal yang melibatkan tokoh PAS. Apa kesudahanya jika berlarutan kerana ianya semata menguntungkan pihak lawan. Perdebatan hangat ini yang sempat 'disedut' dari sebuah blog yang dikatakan orang kuat PAS;

najmi of dublin said...
fullamak..bila tiba nak bantai orang kafir boleh plak berlemah lembut.. memang power cara sasterawan ni..o ya,abang faisal..senioriti dalam jemaah tak melambangkan keimanan.. abang beranak dulu ja..saya beranak kemudian..kalau sama tahun tak tentu lagi kita ni..orang sombong besanya tak lama,nanti kecundang juga..p/s:masih menuggu entri menjawab karpal..
1:42 PM

Faisal Tehrani said...
Najmi, Ana ni tak tahu enta ikut usrah mana. Atau memang enta tak dapat tarbiyyah yang selayaknya.Apabila ana mengatakan kami di sini sertai PAS lebih awal dari enta, atau dari Dr Zul, atau dari Hasan Ali, atau dari Kamarudin Jaafar ia adalah untuk menunjukkan bahawa betapa PAS satu masa dahulu jadi hebat kerana Islam sentriknya kerana ada ahli seperti kami. Tetapi jadi mandom gila kuasa kerana ada ahli macam, well, fikir2 sendiri siapa.Ana timbulkan isu siapa masuk dulu PAS untuk menunjukkan betapa usrah dan tarbiyyah PAS penting. Macam manalah kita nak harapkan orang yang masuk PAS ketika PAS sedang kuat dengan orang yang masuk PAS ketika PAS hanya ada dua kerusi dan kena bantai di Lubuk Merbau dan Memali. Enta tahu sejarah Lubuk Merbau?Malang sangat Presiden telah mendengar daripada mulut orang yang tidak mendapat tarbiyyah PAS. Sehingga tuan guru Nik Abdul Aziz terpaksa menegur beliau dengan surat terbuka.Kami masih sempat dibelai Ustaz Yusuf Rawa sebelum beliau meninggal dan kami tahu PAS sepatutnya masuk politik untuk menyebar dan berdakwah Islam. Bukan untuk dapat kerusi dengan penuh rakus sampai tak ikut disiplin parti dah buat pakatan sendiri2!Ana sungguh-sungguh kasihan dengan generasi enta ni. Malang sungguh gerakan Islam mendapat generasi seperti ini.Moga Allah segera menghantar penyelamat.Wassalam.
8:44 PM

karbala ya husein said...
Slm abng FT...lihat gambar Anuar dengan Hadi memang rapat sungguh ya Hadi.Agaknya Hadi nak orang Amerika tengok gambar die,sebab Anuar dipuji oleh Amarika dan juga yahudi,dan Anuar kaya,jadi Hadi pun nak jadi kaya jugakla.Tapi pada hakikatnya memang Hadi dah kaya,tetapi kekayaan Hadi takakan boleh menapung istana Allah.Izinkan Saya menyampaikan sajak:Dengan nama Allah yang Maha-Agung,Meskipun TG berbaju Pagoda,Dan rumahnya hanya setinggan,Walaupun hanya rumah setinggan,Tetapi boleh menapung istana Tuhan,Dan cinta ke pada Allah tidak akan dilupakan.WASALAMASALAMUALAIKA YA IMAM HUSEIN
6:23 PM

23 comments:

Anonymous said...

Hebat juga orang pas ni yeer, bila kelahi tak sedar diri. Ada puak-puak pulak. Errrm

Anonymous said...

Niapa pulak ni gaduh-gaduh. Kenapa perlu ada puak syiah dll. Syiah tu bukan ke bukan islam? Dah terkeluar dari ajaran islam

Anonymous said...

Aku makin tak faham dgn engko orang ni. Apa yang sentriknya? Islam Sentrik, Kuasa Sentrik. Apa kejadahnya bermaki hamun. Ingat syiah saja yang hebat ker?

Anonymous said...

Hadi Awang diserang strok ringan
10/04/2008 11:18am
KUALA TERENGGANU 10 April – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah diserang strok ringan di rumahnya di Rusila, di sini awal pagi ini.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali berkata, Hadi diserang penyakit itu ketika hendak bersahur pada kira-kira pukul 5 pagi ini.

Beliau berkata, Abdul Hadi kemudian dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 7.30 pagi ini.
-------

adakah disebabkan perbalahan dlm pas berlarutan?

Anonymous said...

kesian hj. hadi, ada ahli pas yang tak sebulu dgn beliau. bersabarlah hj hadi. kami doakan semoga cepat sembuh.

Anonymous said...

Salam. Jgn la gaduh2. Kita nak tegakkan Islam kt bumi malaysia ni kena la satu padu. Satgi puak sekular tu nampak depa simbah lg minyak diesel. Mau ka mcm tu? Mmg ada kebenaran kata saudara FT tu. Saya juga pernah terpiki,apa beza PAS dgn UMNO? Sudah tentulah tarbiyah, dan kefahaman Islam mendalam. Saya bukan yg jenis p dgr usrah mcm saudara semua tp saya nk Islam tu ditegakkan di negara kita. Biar Islam yang memerintah dan bukan diperintah. Untuk capai tahap tu,kita kena sampaikan Islam kepada semua org termasukla yg bukan Islam-tajdid

Anonymous said...

PAS biasa kalah dlm pilihanraya. Bila menang, mulalah nampak macam ada pergeseran. Aku rasa ini tanda positif untuk memperkukuhkan PAS.

Namun begitu pemimpin PAS mesti segera mengekang pergaduhan ini supaya tidak merebak kpd dendam mendendam. Masalah berpuak juga mesti ada garisan yang jelas. Barulah islam itu nampak adil.

Anonymous said...

Kalau dah syiah tu sesat buat apa nak bising lagi. Pecatlah ahli yang ikut fahaman syiah. Barulah namanya parti islam sebenar. Selagi ada syiah dlm PAS, PAS akan bercelaru sampai bila-bila. Masa nilah kita sapu bersih fahaman tersebut. Ini asyik nak berpolimek saja. Buat kerja dakwah tu lagi penting dari kutuk mengutuk.

Penyokong Haji Hadi

Anonymous said...

Pakatan Rakyat yang mengandungi PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP, dilihat berfungsi untuk menyelaraskan pandangan dalam mentadbir negeri ke arah satu titik persamaan dalam perbezaan partiparti politik itu.

"Ianya bersesuaian dengan kehendak saya kerana ianya (Pakatan Rakyat) mempunyai sekretariat tersindiri.

Saya harap tidak ada lagi pengurusan yang bercelaru dengan berbeza pandangan," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi satu delegasi dari China di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, mengulas cadangan parti itu minggu lepas agar pembangkang menubuhkan Majlis Penyelaras bagi negerinegeri yang dikini dikuasai pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan.

Ketiga-tiga parti itu bersetuju untuk mewujudkan Pakatan Rakyat bagi menyelaras urusan pentadbiran dan membincangkan perbezaan pandangan.

Nik Aziz berkata beliau mengharapkan pakatan itu dapat menyatukan dasar-dasar kerajaan campuran pembangkang dalam satu matlamat dan mereka tidak membawa haluan masing-masing.

"Saya mahu lima negeri ini mempunyai dasardasar yang sama, jangan lima negeri ini bergerak mengikut haluan masing-masing, ini tidak boleh," katanya.

BERITA BERNAMA---

p/s
Dari itu bersatulah.Jgn ada dengki mendengki.Kalau dah tahu sesat,bertaubatlah.

Anonymous said...

Lihatlah isu ini dengan waras dan telus. Jangan kita politikkan sesetengah pembaharuan positif yang cuba dilakukan untuk kesejahteraan rakyat. Tuan Guru Presiden bukan calang-calang orang.

Saya rasa terkilan apabila ahli pas kutuk mengutuk. Jagalah adab berjamaah.

Anonymous said...

siapa dia najmi,faisal tehrani dll ni? Entah-entah bukan pas tapi mengaku pas. Saja nak burukkan pas yeer.

Anonymous said...

Saya terpaksa menangguhkan beberapa temujanji yang dijadualkan kerana prihatin dengan keuzuran sahabat karib saya dan Presiden Pas Ustaz Abdul Hadi Awang. Saya ke Kuala Terengganu petang tadi khusus untuk menziarah beliau di hospital kuala terengganu. Alhamdulillah beliau beransur pulih dan kelihatan ceria sekali.

Saya pohon agar beliau berehat buat seketika dan secara berseloroh menambah: “Memberikan peluang untuk kami juga beristirehat sejenak.” Keuzuran tidak menghalang tokoh besar ini menanyakan perkembangan politik terkini serta menggesa agar saya terus berusaha memantapkan kekuatan pakatan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Anonymous said...

Aku pasti PAS akan tetap melaksanakan hudud jika memerintah malaysia. Maklumlah kerajaan PR (Pekena Rakyat) yang ditunjangi DAP, PKR dan PAS bakal dipimpin oleh Anwar, seorang pejuang islam kesayangan amerika dan israel. Ditambah pula dengan barisan kepimpinan ulul amri seperti Tuan Guru Lim Kit Siang, Hj. Karpal Singh, Ustaz Lim Guan Eng dan konco-konconya pasti akan mengeluarkan fatwa-fatwa baru bagi menghalalkan pemerintahan islam cara mereka.

Anonymous said...

Dulu kata orang UMNO kafir kerana bersekongkol dgn MIC MCA,tapi bila PAS berpakat dgn DAP,PKR nak cakap apa lak..... tulah allah dah balik kan apa yang selama ini kata org UMNO kafir sekarang terkena batang hidung sendiri....dimana pegangan PAS selama ini...dulu saya menghormati perjuangan PAS kerena membawa Parti tu pada perjuangan islam sekarang bukan perjuangan ISLAM.

Lebih malang PAS ada ahlinya yang jelas difatwakan sebagai ajaran sesat. Tentu Nik Aziz tahu berapa ramai ahlinya yang bemazhab syiah. Kalau Nik Aziz tak jawab tanyalah Mat Sabu.

Anonymous said...

Jabatan agama seluruh malaysia mesti ambil tindakan segera pada mereka yang bermazhab syiah. Ini terbukti dlm PAS ramai mereka yang syiah. Nik Aziz dan Hj Hadi mesti pecat mereka dari PAS sbb syiah bukan ISLAM. Jika fahaman syiah merebak nanti, tentunya akan hancur parti PAS.

Anonymous said...

Syiah memang sentiasa memusuhi ulamak sunni seperti Hj Hadi. Siapakah agaknya pemimpin ulamak PAS yang Syiah tu?

Anonymous said...

JAHATNYA PERANGAI SYIAH, TUDUH ISTERI NABI MACAM TU(ZINA). APA GILA KE PENGIKUT SYIAH NI? PERGI JAHANAMLAH SYIAH !!!

Anonymous said...

Saya cadangkan kpd pemimpin utama PAS agar segera bersihkan anasir dan subversif syiah dari parti. Selamatkan segera PAS!

Anonymous said...

cerita gaduh lagi. dah menang pun nak gaduh ke? syiah tu adalah termasuk dalam golongan yahudi israel. Kalau tak caya orang yahudi dan syiah sekarang sedang tunggu 'dajjal' yang muncul di tanah Iran, ianya adalah imam syiah ke-12.Syiah dan yahudi berkomplot, yang kena tipu melayu syiah.

Anonymous said...

Baliklah kepangkal jalan. UMNO,PAS atau siapa saja,jika sesat baliklah ke pangkal jalan.

Anonymous said...

Dengar cerita perbalahan ini berterusan. Puak syiah PAS tunjuk belang, dan mengata Hj. Hadi macam-macam. Kutuk mengutuk. Syiah ni mesti diajar sikit. Mengada betul.

Anonymous said...

Kenapa syiah PAS begitu lantang menuduh Dr. Asri kafir Wahabi? Syiah tu yang sesat(telah difatwakan) nak tuduh orang lain pulak.

PAS wajib menyahkan ahli dan pemimpin syiah dari partinya. Takbir !

Anonymous said...

Anwar dah jadi syiah sbb ditemuramah TV Iran. kalau tak caya baca blog anwar.

Sebelum ni kutuk anwar Yahudi, Lepas ni syiah PAS puji Anwar lah pulak sbb anwar muncul di TV Imam Iran nya.

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;