"Saya Berani Lawan Raja"

Wednesday, April 9, 2008

najmi of dublin said...oit brother yang hebat2 belaka..tentera ayatollah dan pencinta ahlul bayt kononnya.. bila lagi nak jadi berani.. setakat komen PAS berani la.. nak komen UMNO kena berkias..ni satu lagi..kalau dah hebat sangat, supportla tok guru,jawab balik karpal singh tu.. kutuk ustaz hadi konon.. sampai bila la jadi tikus jer korang ni.. berani dengan kucing baik.. kucing kurap korang takut.. pigirah..4:23 AM

Faisal Tehrani said...Salam najmi, Saya tidak kutuk haji hadi. saya 'pengikut' tuan guru nik aziz yang Islam sentrik. Dan saya cintakan PAS supaya tidak rosak.PAS nyaris dirosakkan zaman Dato Asri, masa tu sdr belum lahir lagi. Tahu apa orang PAS buat bila tengok Dato Asri tergila-gilakan nak kuasa dan terlalu kuasa sentrik. Orang PAS termasuk ibu-bapa saya menjatuhkan Dato Asri.Itu bezanya PAS dengan UMNO. Paham?Kita Islam sentrik, bukan kuasa sentrik. Memang kuasa pening untuk tegak Islam tapi kalau dapat kuasa kemudian dihina-hina, dan diinjak-injak - jadah apa?Baru jadi ahli PAS dua tiga tahun dah bising.Orang lain kat sini dah jadi PAS sebelum Hasan Ali, Kamarudin Jaafar dan Dr Zul masuk PAS tahu tak? Orang lain dah berjuang nak tegak Islam masa Anwar sibuk memuji Salam Rushdie profound writer tahu tak?Paham? Oran kat sini sayang Islam, kau sayang Haji Hadi, apa k jadahnya!Wassalam.9:00 AM

U-HAH said...Salam sejahtera FT dan najmi,antuma berdua toksah berkelahi dengan isu ini. rugikan masa dan tenaga. ana ambil sikap berhat-hati dlm semua hal. ana sokong Pakatan Rakyat dalam p/raya atas satu alasan, menumbangkan kezaliman. bagi ana, Tian Chua lebih baik daripada Pak Lah jika dia adil, telus dan amanah. ana sokong demi perubahan dan kini...perubahan sudah pun berlaku walau hanya sedikit.FT dan Najmi, PAS sudah melalui pelbagai tribulasi. ana rasa FT lebih maklum dan mereka yang pernah hidup zaman Yusuf Rawa sehingga kegemilangan di bawah Dato fadil noor bersetuju, pas begitu masak dan ranum dgn sepak terajang politik.Ana yakin, percaturan ini pasti ada pemantaunya. pas ada jawatankuasa pusat dan ada j/k mesyuarat hariannya bahkan ada majlis syura dan mursyid am, jadi ini semua adalah pengimbang kpd kuasa seorang presiden.Jadi, berhemahlah dalam memberikan pendapat dan bersabarlah menerima teguran. pemimpin boleh berganti, datng dan pergi namun dasar dan perjuangan adalah legasi hakiki...Allahuakhbar!!!10:10 AM

lat said...salam..kpd najmi, Ayatollah nik aziz dah kate klu tak puas hati karpal singh bole bwk satu kapal melawat kelantan,blk hotel di sedia kan,klu najmi nak join skali pon bole, tgk ape krajaan pas dah buat kat sana,klu salah tunjukan,pakar ekonomi dah akui kelantan is the best dlm perbank islam takda riba..duta jepun dtg klantan tgk wanita klantan berkerja dgn tekun skali..DAP baru berkerusi roda pegang PP tak sampai 100 hari dah anggkuh dan sombong..org x percaya kan islam, mmg tak yakin islam adalh agama sempurna..jika manusia kembali kpd fitrah ia akan berhujung pada Tuhan yg Maha Esa.Jadi Islam untuk semua manusia,tak kira bangsa,warna kulit,idelogi politik,org putih org iban org afrika org belanda org arab org melayu india cina dll.lain Najmi seorg yg tak yakin dgn islam mgkn akan berkata seperti karpal singh.salawat takbir!!10:36 AM

saiful anwar said...Salam najmi..ustz hadi tue wahabi, wahabi sayang amerika,sedang amerika bunuh ummat islam dr seluruh pelusuk dunia. atau dalam bahasa lbh mudah dan tepat, ustz hadi percaya anwar ibrahim, anwar ibrahim percaya raja saud, raja saud percaya bush, bush percaya setan.nabi saw minta kita sayang fatimah as, sape sayang fatimah bermakna sayangkan nabi saw, sape sayang nabi saw bermakna sayang Allah swt. atau bahasa lebih mudah tok guru nik aziz sayang fatimah as, fatimah sayang nabi, nabi sayang Allah swt dan Allah sayangkan sesiapa yang sayangkan fatimah dan muhammad saw. bkn sayang muhd saw tp xsayang or tinggalkn fatimah as.klu ustz hadi sayangkan fatimah as dan muhd saw tentu ustz hadi dgr nasihat tok guru nik aziz bkn nasihat anwar ibrahim yg puji binatang yg tulis the satanic verses tu. nmpk sgt anwar ibrahim xsayangkan nabi junjungan kite saw. dhla tolak pemerintahan islam pastu p puji pulak binatang yg kutuk nabi kite saw. ustz hadi pula p dgr ckp c "sivaji" ni.jadi nak ikut ustz hadi or tok guru nik aziz? klu pcaya ustz hadi lihatlah apa dh jadi kt terengganu. tp klu percaya kt tok guru nik aziz lihatlah apa jd kat kelantan.salawat & takbir!!4:40 AM

Anonymous said...salam,kepada najmi. hang ni binatang apa haa...? sya cadangkan hang pi cari sebab pasai pa pas tumbang kat terengganu. selain dari undi hantu sebab apa... CARI sebab dalaman PAS. aku tak mau tulih kat sini nanti semua nampak dan tau apa dah jadi pada PAS semasa perintah terengganu.wassalamibni a talib2:41 PM

dubrovnik said...selam,mungkin ada yang perasan, bahawa ada perbezaan besar antara kepimpinan dan pemikiran tok guru nik aziz dengan ustaz hadi. perbezaan ini termasuklah sikap mesra tok guru nik aziz terhadap aliran2 tasawwuf, manakala ustaz hadi pula semenjak balik dari saudi/mesir mula dikenali sebagai penentang tasawwuf.dan punca pas terengganu kalah bukannya sebab pengundi hantu sangat, tapi sebab kepimpinan ustaz hadi yang menjauhi tasawwuf! kalau di bibir pun susah nak sebut nama muhasibi, maka kehalusan hati mana lagi yang mampu menundukkan hati2 masyarakat melayu.itu bezanya dengan tok guru nik aziz yang sentiasa mendahului pimpinan2 pas yang lain. tok guru nik aziz sekaligus mengingatkan kita pada dr. burhanuddin al-helmy. cuma al-helmy pernah dipenjara, sebaliknya tok guru nik aziz tidak pernah. tapi masing2 ada jiwa kesufian!apa kata kita mulakan kempen mendesak ustaz hadi undur?1:04 AM

Faisal Tehrani said...Salam Ai Fimiyun, Kalau TGNA sekadar nak sampaikan ...kewujudan Pakatan Rakyat yang menjadi wadah baru pakatan politik oposisi negara...tentang penerimaan PKR dan DAP terhadap Ir. Muhammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan ini secara langsung memberi keyakinan bahawa satu masa nanti Husam Musa juga akan turut diterima sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tok Guru Nik Aziz boleh sekadar sms atau telefon haji Hadi beritahu benda2 tu. Buat apa nak tulis surat terbuka. Ada lapis kedua dalam surat terbuka tu. Cara tok guru sama tok guru menegur atau mengkritik (istilah tok guru nik aziz: 'saling pesan memesan') tak sama dengan cara wahabi jalanan kritik saya di blog. Tok guru sama tok guru lebih berhemah, lebih berkias, lebih mendalam. Saya tak mahu selak lebih2. Awak fikirlah.Wassalam.10:52 AM

karbala ya husein said...slm abng FT...Ustd Hadi memang pro Anuar sebab tu die nak jadi PM sebab lagi banyak dapat duit lagi banyak beli jubah.Ingat jubah kalau asyik belije tapi tak pakai tak guna jugak masuk neraka jugak.Tapi BARISAN NERAKA tetap jadi hero neraka.WASALAMASALAMUALAIKA YA IMAM HUSEIN4:44 PM

PUREHADHARIST said...ISRAEL,ANWAR DAN AHMADINEJAD. Salam. Jerusalem Post sebuah akbar Israel telah mengeluarkan berita berkenaan Anwar Ibrahim dengan tajuk: Anwar Ibrahim: Malaysia'a Future Prime Minister. Di dalam website Jerusalem Post tersebut juga ada ikon yang diberi nama Iran Threat.Saya pernah membuat posting bertajuk MEMANTAU ANWAR IBRAHIM (sila rujuk posting tersebut). Saya tidak mahu menuduh Anwar sebagai agen Israel tetapi kebimbangan itu kian terasa dengan melihat perkembangan terkini ini.Saudara, amalan sesuatu media cetak atau apa sahaja media ialah membawa aspirasi dan citra sesuatu media itu. Tidak logik jika media itu mempropaganda sesuatu yang tidak menepati selera mereka. Di dalam akhbar Israel ini, satu ruangan khas Iran threat diwujudkan untuk menggambarkan Iran sebagai suatu ancaman kepada dunia. Di satu sisi yang lain memberi ruang yang luas berkenaan Anwar Ibrahim dengan gambar yang saya belum pernah lihat di mana-mana (mungkin orang lain pernah, saya tak tahulah.) Mungkin Anwar yang kirim ke sana kot....gurau aje.Seperti yang saya katakan pada posting yang lepas, hubungan Anwar Ibrahim dengan pemimpin barat adalah hubungan peribadi jadi kita berhak untuk mencurigai apakah di sebalik perhubungan itu.Kita lihat tokoh yang benar-benar anti-Amerika seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Kita tidak akan pernah jumpa fakta atau berita yang beliau bersahabat dengan mana-mana musuh-musuh Islam sedunia. Malah, beliau dikecam secara konsisten oleh musuh-musuh Islam khususnya Amerika dan Israel. Kita pernah dengar sepotong hadis yang mengatakan kalau hendak melihat seseorang itu, kita harus melihat dengan siapa dia bersahabat.Hubungan Anwar Ibrahin dengan negara-negara Arab adalah juga dilihat hubungan antara sekumpulan negara-negara Arab yang berada dibawah pengaruh Amerika dan Israel.Kesimpulannya, Anwar Ibrahim Memang harus Di Pantau. Dia perlu kita dedahkan sahabat-sahabat disekelilingnya.Israel memang sedang merancang untuk melebarkan sayapnya di Asia Tenggara. Singapura sudah tentu, Indonesia sudah masuk sebelah kaki ( Gus Dur dilihat sebagai sekutunya), Malaysia berpotensi tinggi.Keghairahan akhbar Israel menunggu saat dan ketikanya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tidak dapat diselidungi lagi.Ust Hadi, Mat Sabu, Lutfi Othman, dan lain-lain...ingat Anwar pernah meninggalkan kamu semua...Hati-hati Ya. akhi Ku semua....Posted by PUREHADHARIST at 3:40 PM 0 comments4:08 PM

Faisal Tehrani said...Salam sdr nazmi, Bila pula saya sebut mahu tubuhkan parti baharu? Saya katakan wadah baharu, yang tak semestinya sebuah parti. Menjadi political force tidak memerlukan parti baharu. Kumpulan tarekat di Turki meskipun 'tidak berkuasa' tetapi 'menguasai'. Pernah dengar kelompok Nurcular dan Suleymanciler?Dan keresahan teman saya yang merupakan pemimpin PAS (veteran) tersebut bersebab dan ada dasarnya. Tidak percaya, ambil Siasah edisi 30Mac-5 April, baca surat terbuka Nik Aziz kepada Haji Hadi Awang.Sdr rasa ada keperluan untuk Nik Aziz buat begitu kalau tiada 'keperluan'?Saya tidak akan terperangkap soal kepimpinan, sqifah bani saidah dan sebagainya. dialog sebegitu cari medan lain, dan hanya diminati oleh pelajar-pelajar KISAS di tingkatan empat era tahun 90-94, setelah itu kelihatannya KISAS dan wadah Islaminya Badar sudah merosot kerana el-Afghani pun naqib tidak kenal.Wassalam.8:47 PM

ziwasi_asi said...Salam....Tahniah Faisal.Harus diakui model gerakan Islam yang tampaknya paling berjaya setakat ini dalam sebuah negara sekular adalah Hizbullah. Nah, para pejuang dan pendokong gerakan Islam ASWJ dalam sebuah negara sekular seperti PAS di Malaysia wajar meneliti secara serius manhaj yang dibawa oleh Hizbullah hingga boleh 'menguasai' Lubnan walaupun tidak menguasai parlimen. Memetik kenyataan Hassan Nasrallah sendiri bahawa resepi kejayaan mereka adalah berpegang pada konsep WILAYAHTUL FAQEH.Maka wajar sangat orang2 alim PAS mendalami konsep ini. Orang yang dah berjaya dedahkan rahsia kejayaan mereka, kita yang baru bertatih nak meniti kejayaan nak tunggu apa lagi...COPY DAN PASTE LAH. YA MAHDI! ADRIKNA! SOLAWAT!!!11:19 AM

mardhiah said...Saudara harus ingat Malaysia tak sama dengan Asia Barat, kita ini pelbagai etnik dan kaum. Saya tidak fikir Islam begitu rigid menentukan kita ikut satu acuan tertentu sahaja.Pemimpin PAS sangat realistik dan matang bila dapat menerima Pakatan Rakyat. Pakatan rakyat ini membuktikan PAS bukanlah fundamantalis yang terlalu bernafsu mau menegakkan Daulah Islamiyah at any cost, sehingga sanggup menumpahkan darah sesama sendiri. Kenapa pula saudara harus mempertikaikan keputusan mereka? Mereka telah puas dikenakan tindakan ISA dan pelbagai tekanan, give them 100% supportlah, instead of melalak maukan for the impossible!Anwar pula perlu menolak kesangsian kita terhadap isu berkawan dengan zionis ini dengan sungguh-sungguh mempastikan Pakatan Rakyat ini mampu memuaskan hati rakyat berbanding BN. Wallahuala'am3:39 PM

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;