"Saya Berani Lawan Raja"

Wednesday, April 9, 2008

'SABOTAJ' AHLINYA, KEKALAHAN TERUK PAS DI TERENGGANU BUKAN SEMATA-MATA PENGUNDI HANTU

Menurut satu sumber yang dipercayai, kekalahan teruk PAS Terengganu pada pilihanraya ke -12 kali ini adalah perbuatan sabotaj dan khianat sesetengah ahli dan penggerak PAS yang tidak mahu lagi kepada kepimpinan Haji Hadi. Ini terbukti apabila ahli PAS yang berfahaman syiah tidak berpuashati cara presiden PAS itu menggendalikan perjalanan parti tersebut. Mungkin itu hanya khabar angin, namun jika dilihat perbalahan yang berlanjutan dalam blog pro syiah, ianya adalah tidak mustahil berlaku.

-----

SYIAH MENURUT WIKIPEDIA

Syiah atau Shi'a (شيعى) Syiah ialah satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam. Penyelewengan ajaran Syiah boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu penyelewengan dari sudut akidah, syariah dan umum. Di antara penyelewengan dari sudut akidah ialah khalifah diwasiatkan secara nas, Imam adalah maksum, bersifat taqiyyah, penyanjungan yang terlalu tinggi terhadap Saidina Ali, mengkafirkan para sahabat Rasulullah, menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai 4 berhala Quraish serta pengikut- pengikut mereka adalah musuh Allah. [1]. Keterangan lanjut boleh didapatkan daripada buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia mewartakan fahaman Syiah dikategorikan sebagai ajaran sesat pada 5 Mei 1996.

Penyelewengan dari sudut syariah ialah menolak ijmak ulama, menolak Qias, mengamalkan nikah mut'ah, menambah syahadah dan menolak hadis. Sementara penyelewengan umum ialah menziarahi kubur Saidina Husin ganjarannya syurga, menyeksa badan sempena 10 Muharram, menghina isteri-isteri nabi dan mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan. Penyelewengan pula adalah dari segi akidah seperti Khalifah diwasiatkan secara nas, Imam adalah maksum,Sayyidina Ali disama tarafkan dengan Allah, mengkafirkan para sahabat dan lain-lain.

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;