"Saya Berani Lawan Raja"

Tuesday, April 8, 2008

KISAH SANG KANCIL 'JENTIK TELINGA' SINGA TUA (Kiriman ini dari United Kingdom)


''Dia kata dia kuat, memanglah dia kuat. Tetapi kekuatan yang digunakan ialah sesuatu kekuatan yang disalahgunakan,'' kata Abdullah

''Saya tahu pemberita semua dipanggil apabila Tun Mahathir mengambil alih (jawatan) Perdana Menteri, jangan (buat) berita, jangan tunjuk gambar (bekas Perdana Menteri ketiga) Tun Hussein (Onn), jangan beri berita kepada dia.

''Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab, saya tahu, bukan saya tak tahu. Orang tertentu jangan diberi liputan oleh akhbar. Ini adalah arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang saya tahu,'' katanya.

Sungguh santun, menyayat hati komen Abdullah kepada Mahathir. Saya yakin tak sehelaipun rambut hitam Mahathir akan bertukar ‘putih uban’ akibat ‘garangnya’ Abdullah. Sungguh garang Abdullah ini seperti sang kancil baru bangkit dari tidur.

Yakinlah wahai Sang Kancil, Singa Tua itu tak akan berhenti mengaum. Sampai mati Mahathir tak akan berhenti. Abdullah memang tahu hal ini. Abdullah tentu lebih kenal Mahathir. Abdullah lebih dahulu cium bau kentut Mahathir dari kami generasi muda ini.

Dua sahaja pilihan Abdullah;

Pertamanya;

Sediakan bilik ibadat untuk Mahathir sebelum mati. Kuasa sakti ISA ini mesti di keramatkan dengan makhluk yang bernama Mahathir. Abdullah mesti berwatak gagah perkasa. Saya yakin tiada siapa yang teresak-esak jika Mahathir beribadat panjang di Kemunting. Abdullah seharusnya menggunakan ilmu 'Thick Face Black Heart" yang diamalkan amat sangat oleh Mahathir. Abdullah mesti bongkar legacy Mahathir sampai habis. Tidak boleh setakat kes Lingam sahaja. Itu tidak mengikuti nasihat SunTze yang mengatakan jika mahu pancung, pancung habis semua kaki dan tangan sehingga mereka tak boleh bangkit dan lawan balik.

Bertindak hari ini jika Abdulah mahu dikenali sebagai PM yang gagah perkasa. Kalau tidak Abdullah pasti ‘mati lemas’ dan Anwar dicincang lumat sehingga generasi akan datang tidak akan kenal lagi siapa Abdullah dan siapa itu Anwar.

Tiada rakyat yang akan menyelar Abdullah kejam dan zalim sebab zalim dan firaun adalah harta pusaka milik Mahathir. Tentunya rakyat memuji; “Lihatlah Abdullah, beliau berjaya, beliau telah berjaya melakukannya dengan baik sekali”

Keduanya;

Jika Abdullah ingin berwatak lembut dan pengasih, sediakan jalan untuk Anwar berperang dengan Mahathir. Abdullah mesti yakin Anwar lebih dapat memelihara kepentingannya berbanding Mahathir. Tabalkan segera Anwar sebagai Jeneral perang abad ini. Segerakan peralihan kuasa secara strategik.

Pak Lah tiada pilihan lagi. Awas Abdullah jika terlambat, pengikut Mahathir kini melabelkan Mahathir adalah Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi yang terkenal amat kejam itu dalam sejarahnya. Jika berlengah lagi, Abdullah akan merana sampai mati. Abdullah tahu Mahathir bukan makhluk pemaaf. Tiada maaf bagi mu. Hancur badan dikenang tanah.

Jika ini pilihan Abdullah, ianya akan disanjung sebagai hadiah kepada rakyat yang mahukan keadilan. Abdullah masih ada sejarahnya. Rakyat akan kenang sampai mati jasa ini.

-----

Pada tahun 383 Masehi, Fu Jian (符坚;337-385) meghimpun lebih kurang 870,000 tentera bersedia untuk menyerang Jin timur. Apabila dinasihatkan untuk jangan memandang rendah musuhnya yang mampu mengarahkan khidmat orang seperti Xie An (谢安; 320-385) dan Huan Chong (桓冲;328-384), Fu jian dengan bongkaknya membalas,

“Aku mempunyai penduduk lapan wilayah di belakangku, infantri dan tentera berkuda menghampiri satu juta; mereka mampu mengempang air sungai Yang Zi dengan hanya mencampakkan cemeti mereka ke dalam aliran sungai. Bahaya apa yang perlu aku takutkan?”

Ketika berperang di sungai Fei, tentera Jin meminta tentera Qin (tentera Fu Jian) yang sudah menduduki seberang sungai agar berundur sedikit agar dapat memberikan ruang kepada mereka menyeberang sungai dan meneruskan perperangan. Fu Jian bersetuju kerana menyangka general-general Jin tidak punya pengetahuan mengenai perperangan. Maka bolehlah dia mengambil peluang ketika tentera Jin menyeberang sungai untuk menyerang mereka.

Apabila Fu Jian mengarahkan tenteranya mundur, tentera-tenteranya mula tertanya mengapa arahan secara tiba-tiba untuk berundur dikeluarkan. Dalam keadaan masih tertanya-tanya, mereka berundur dengan moral yang sudah menurun. Strategi tentera Jin sudah mengena. Tiba-tiba terdengar jeritan “askar Qin sudah ditewaskan”, tentera Qin mula panik dan berlaku kucar-kacir.

Tentera Jin mengambil peluang suasana kekacauan tentera Qin untuk menyeberang sungai dan melancarkan serangan dan menewaskan tentera Qin yang sudah kucar-kacir melarikan diri.

Tentu sekali terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kekalahan tentera Qin. Namun yang pasti, salah satunya adalah kerana Fu Jian yang tidak mengenali kemampuan general-general tentera Jin dan memandang rendah mereka.

Dia juga tidak mempedulikan kemampuan tenteranya yang kebanyakkannya tidak cukup terlatih. Dia tidak mengenali musuhnya dan tidak mengenali kemampuan tenteranya. Akibatnya, kekalahan Fu Jian adalah antara kekalahan yang terkenal dalam lipatan sejarah.

-----

Pak Lah perlu ambil iktibar dari Hikayat Cina di atas. Semakin Pak Lah menekan Mahathir, Mahathir akan bertindak lebih berani. Sebab itu beliau berkali-kali mengulangi ahli UMNO mesti bercakap lagi dan lagi. Untuk menutup mulutnya tidah semudah itu. Syaratnya perlu dipatuhi. Mahathir mengejar masa, kerana disana ada sekumpulan lagi bala tentera Anwar yang perlu dipatahkan.

Pak Lah mesti dilemaskan dahulu, barulah Anwar bakal dilumatkan. Mahathir telahpun mengarahkahkan secara terangan 100,000 tenteranya bakal sedia menggempur Putrajaya. Sejarah akan terus terukir. Sejarah pastinya berulang. Mahathir akan berkuasa lagi.

Jangan berundur lagi Abdulah. Gunakan segala senjata untuk menyerang. Arahkan sepenuhya Najib untuk serangan hendap. Jika berlengah…tentunya tentera anda akan lemah (seperti hikayat di atas). Rakyat tidak kenang jasa sebegini. Hanya cucu anda ‘Jibrael Ali Jamaluddin Abu Bakar ’ akan kenang anda sebagai ‘SI LEMBIK’.

15 comments:

Anonymous said...

pak lah memang lembut,lambat,lembap. arahkan saja syed hamid ISA kan mahathir. jika mahathir berkuasa balik mampuslah pak lah.

Anonymous said...

Sekarang ni kalau tanya satu dunia, pasti akan jawab Pak Lah 95%kantoi dlm semua segi. Kecuali Pak Lah ISA kan mahathir, barulah graph tu turun 65%. Abdullah memang siLEMBIK.

Anonymous said...

Mahathir memang seorang yang cepat bertindak, bila serang musuh secara 'menjerut leher'dan kasi final. Musuh payah untuk serang balik. Bandingkanlah serangan balas Mahathir ini dgn serangan lembik Pak Lah;

Bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) berdendam kepada saya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini - menjawab keterangan Datuk Shafee Yahya lapan tahun lalu.

Dalam suratnya kepada The Sun, mantan perdana menteri berkata keterangan Shafee dalam perbicaraan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2000 "tidak terlalu banyak membantu Anwar. Tetapi ia memang memburukkan nama baik saya."

"Saya bukan pihak yang terbabit dalam perbicaraan (kes liwat) Anwar. Jika saya ingin dituduh, saya sepatutnya diizinkan berpeluang membela diri.

"Tetapi jelas sekali Shafee melihat perbicaraan Anwar sebagai satu peluang mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan nama baik saya.

"Shafee seorang lelaki pemarah dan apa yang dia sampaikan di mahkamah bersifat mengambil kesempatan dan nampaknya mencerminkan hasratnya untuk membalas dendam terhadap saya," suratnya dipetik.

Anonymous said...

Nasihat saya kpd Pak Lah jika ingin berlawan dgn Mahathir, amalkan Tarikat SunTze ini;

SunTze menasihati, "Apabila jelas siapa musuh, rancang betul-betul secara senyap dan serang mereka dengan muktamad. Walaupun mereka kalah dan minta ampun, pancung atau potong tangan kaki mereka supaya musuh awak lenyap dengan muktamad dan yang lain tak akan berani lawan awak lagi". Itulah yang diamalkan oleh Attila The Hun dari Barat Mongolia menuju Eropah. Tidak cukup orang menyerah. Hendaklah dicincang-cincang dengan dasyat seluruh kampung dan dilepaskan dua tiga survivor balik untuk cerita betapa dasyat dan punahnya untuk melawannya. Dengan itu mudah Attila mara sehingga ke Perancis.

Inilah tarikat yang diamalkan Mahathir menyerang Anwar.

Bukan setakat ISA kan Mahathir, patahkan hidung dan pekakkan telinga Mahathir. Arahkan saja Musa Hassan KP polis tu.

Jangan lembaplah Abdullah!

Anonymous said...

Kami antara kumpulan Pelajar London menyokong penuh Abdullah bertindak tegas dalam isu ini. Jangan biarkan Abdullah dibuli, nanti kelak Melayu merempat ditanah sendiri. Jika ISA kan Mahathir adalah jalan yang selamat, kami menyokong penuh.

Anonymous said...

PERHIMPUNAN rakyat sempena 'Black 14' dan pidato perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara pada 14 April depan.

Perhimpunan "Countdown dari Black 14 ke arah kemenangan rakyat" itu diadakan bagi menandakan berakhirnya larangan selama lima tahun terhadap Anwar untuk aktif dalam politik.

Larangan itu dikena selepas beliau disabitkan hukuman terhadap tuduhan salah guna kuasa sewaktu menjadi timbalan perdana menteri. Hukuman itu dijatuhkan pada 2003.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, dalam blognya menulis, 'Black 14' dikenang setiap tahun sebagai peristiwa hitam negara.

"Tetapi 14 April 2008 bakal disambut dengan berbeza sekali kerana 14 April 2008 bukan lagi gelita. Ia sudah mula diterangi cahaya.

"Tanggal 15 April, udara di Malaysia akan berbeza kerana wira rakyat Anwar Ibrahim bakal melangkah masuk ke arus perdana politik negara secara sah.

"Seluruh rakyat dijemput untuk bersama dalam perhimpunan khas countdown rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8.45 malam 14 April depan," katanya.

Anwar akan menyampaikan ucapan sulung selepas pilihanraya, selain ucapan barisan pemimpin utama Pakatan Rakyat dalam mengimbau kenangan perjuangan rakyat.

Tayangan video khas 'Dari Black14 ke arah kemenangan rakyat' dan pameran khas juga akan diadakan.

Anonymous said...

Nak tengok sangat apa tindakan polis pada perhimpunan black 14. Sbb sebelum ni tv dok siar umno buat perhimpunan depan komtar tu sebagai perhimpunan aman. Bila time pembangkang jer jadi haram?

Anonymous said...

14 April....Pak Lah join PKR....pass buton kat Anwar....

kita tgk Che Det nak kata apa...

Anonymous said...

Bahasa orang politik ni napa ganas giler? Janganlah begitu. biarlah bersatu Melayu ini. Toksah kelahilah. Nasihatkan mahathir jangan buat ganas terhadap anwar lagi. Bermaafanlah. Biarlah Anwar pula rasa jadi PM. Lepas tu orang lain pulak naik. Gilir-gilirlah.

Anonymous said...

Hidup Pak Lah....

Dannis Leong said...

Dr.M...Dr.M....Lingam kes...semuanya...lupah...cannot remember....

Now boleh beri keterengan...bagi kes 8 tahun dulu...

'' Bekas ketua pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) berdendam kepada saya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini - menjawab keterangan Datuk Shafee Yahya lapan tahun lalu....

Dia...cuma...lupa apa perlu dilupakan...bukan..semua...dia lupa...his still not so old yet...

Pak La...kalau mau menang..mesti la ikut step cunning Dr.M...mau serang serang habis-habisan...la...kalau tidak...hancur..la...

Dannis Leong said...

Sekarang Dr.M say jangan takut..berani berkata...la..jangan takut...
I wonder why he can talk freely...and yet never kena ISA...
BN and Umno ini cuba buli saja yang lemah...ada power sikit..takut da...

Anonymous said...

Abdullah perlu bercuti dan menyerahkan tugasan nya sekarang kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Jika keadaan telah reda, Abdullah boleh mengambil semula jawatan tersebut atau membuat keputusan memberikan terus (jawatannya) kepada Najib," katanya, yang enggan dikenali, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Gila apa cadangan ni?

Dannis Leong said...

Guys do you think...April 14...Polis BN will kacau...???

Anonymous said...

Polis malu nak kacau, mungkin hantar orang lain yg proksi polis hentam itu orang ramai. Aku rasa akan kecoh juga...mesti puak mahathir ambil kesempatan

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;