"Saya Berani Lawan Raja"

Saturday, April 5, 2008

PERTEMBUNGAN SENGIT ABAD INI - MAHATHIR VS ANWAR

Perang politik yang sedang melanda tanahair hari ini saya anggap tidak lain dan tidak bukan daripada dulu lagi ialah pertembungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sejak zaman Tunku Abdul Rahman, perdana menteri kita yang pertama, politik tanah-air tidak ada lampu pelita disepanjang sejarah kita melainkan dua makhluk ini sahaja.

Siapa yang sebenarnya menjadi penunjuk jalan dalam kemelut pasca merdeka dulu, jika bukan Dr. Mahathir? Semasa zaman Tunku, kejayaan masa itu adalah kemerdekaan, iaitu kejayaan kolektif UMNO dengan pelbagai pertubuhan pejuang seperti KMM, API dan AWAS. Tetapi tidak ada tokoh yang pemikiran tajam, analitikal, futuristik, dinamik serta pragmatik dan results-oriented melainkan Dr. Mahathir. Beliau juga seorang master strategist, politikus handalan, yang berkebolehan silat kungtau sepertimana yang diajar dalam kitab Sun Tze iaitu The Art of War - Strategi Perang yang mengajar pengikutnya supaya kelihatan lemah apabila kuat, dan kelihatan kuat apabila engkau sebenarnya adalah lemah.

Mula-mula kita mesti lihat macamana Dr. Mahathir hidup dari segi politik semasa zaman dahulu sebelum beliau naik. Dr. M sudah analisa macamana nak mengaut sokongan dan melicinkan perjalanannya ke atas. Sebagai anak murid kitab Sun Tze, ia diajar bahawa jalan ke atas bukanlah lurus tetapi bengkang bengkok. Ia melibatkan strategi menggunakan lawan dan keadaan dan peluang. Ia melihat setiap krisis sebagai peluang keemasan. Misalnya apabila berlaku kejutan yang mengancam UMNO semasa 1969, masa itulah sesiapa yang ingin naik hendaklah buat kejutan politik dan tanam benihnya supaya terpelanting naik nanti pokoknya itu. Di situ Dr. M telah melakukan yang necessary iaitu mengorak langkah menentang Tunku secara terbuka dan menulis buku yang boleh diharamkan dengan sengaja supaya menjadi legenda dan menaikkan penulisnya.

Saya lebih tertanya-tanya apabila saya lihat macamana beliau tidak memilih orang-orang yang lebih cerdik darinya untuk memimpin kabinetnya. Melainkan seorang sahaja iaitu Anwar Ibrahim pada tahun 1982 + - (lebih kurang, maaf tarikh tak ingat sangat dan tak berapa penting. Yang penting ialah strategi caturnya. Itu sebab kita boring main catur, pasal Kasparov dan Karpov ambik 2 jam baru nak gerak balas satu step dalam midgame).Dengan adanya orang yang agak tidak sebijak kita, maka mereka akan jadi pak turut, yes men yang taat dan akan menyokong kekuasaan kita tanpa cabaran supaya senanglah taukeh meneruskan apa jua rancangannya. Inilah kabinet Dr. Mahathir dari dulu sampai sekarang. Tidak ada tokoh yang berwibawa. Ini taktik langsung dari kitab SunTze. Tidak disuruh taukeh atau maharaja ambik ramai sangat penasihat. Cukuplah seorang sahaja. Yang lain menjadi pengawal istana.

Apabila Dr. Mahathir meninggalkan jawatannya, ia amat mengejutkan kepada orang kebanyakan tetapi tidak kepada ahli strategi ala Sun Tze. Sebenarnya SunTze sekiranya ia masih hidup (beliau zaman 250 sebelum masihi semasa negara Cina tengah berperang-lenang lagi) akan ketawa seronok besar dan memuji-muji Dr. Mahathir sebagai anak muridnya yang cukup bijak.Dr. Mahathir memang bijak dan sudah tahu apa akan berlaku sekiranya Pak Lah diberikan kerusi no1. Selepas itu Dr. M mengatur langkah untuk memulakan serangan olok-oloknya padahal Dr. M sudah tahu apa akan berlaku kepada ekonomi negara, kenaikkan harga minyak (Dr. M masih penasihat Petronas?) dan kelemahan PRU12.

Serangan olok-olok itu adalah benih round kedua Mahathir kembali berkuasa. Dia sepatutnya lemah kerana sakit jantung dan operate dah entah berapa kali dah. Tetapi apakah anda pasti dia betul2 operate kerana sakit atau kerana persiapan? Bukankah ia mengikuti ajaran SunTze bahawa sekiranya kuat, tunjuklah engkau lemah, supaya musuh tak sangka anda boleh menyerang dengan pantasnya lalu cepat2 kuasai musuh dengan sempurnyanya. Pembedahan jantung juga untuk menguatkan jantung sebenarnya dengan persiapan supaya tidak mudah terjatuh sakit semasa di medan perang! Bukankah Dr. M itu seorang doktor yang cukup teliti tentang kesihatannya?

Adapun seseorang pemimpin itu dalam konteks fenomina sosio-politik adalah seorang tokoh yang boleh menjadi inspirasi kepada semua. Seorang yang apabila kita dengar dia bercakap, kita akan tergerak untuk bertindak, atau terasa bersemangat dan sebagainya. Kedua-dua tokoh tersebut mampu melakukan yang sedemikian. Yang sedihnya tidak boleh ada dua obor hidup dalam satu arena yang sama. Mereka mesti terlawan antara satu sama lain.

Dengan menyedari betapa pentingnya seorang pemimpin politik, kita pula ada dilema yang tersendiri. Kita tidak mempunyai calon yang ramai yang sesuai untuk kriteria kerusi nombor 1! Yang ada untuk kaum bumiputra atau dengan lebih tepat lagi kaum Melayu hanyalah dua sahaja, yakni Mahathir dan Anwar. Selain mereka tidak ada yang boleh dikatakan setaraf atau sehebat untuk memimpin negara dalam konteks yang digambarkan di atas.

Dalam keadaan kompleks politik negara, perlu senantiasa ada satu keramat politik - iaitu perlu ada seorang pemimpin yang karismatik, hebat, mencabar, dan memecah belengu strata diperingkat negara, tetapi penting sekali dia mesti mampu memimpin (He must be able to lead). Jadi dengan krisis hari ini kita sangka kita ada seorang pilihan sahaja, iaitu Anwar. Tetapi tidak. Kita masih ada Mahathir. Beliau telah mengurung Anwar pada awalnya tetapi harimau ini sudah dilepaskan awal. Maka singa tua terpaksa keluar kembali kerana perkiraan dan kepentingan politiknya sudah terancam. Saya percaya Mahathir menyerang Pak Lah waktu itu bukanlah kerana PakLah ubah dasarnya. Tetapi kerana singa tua sudah terhidu kancil sedang mengunjung ke penjara bertanya khabar harimau malang.Anwar adalah lebih merbahaya kepada Mahathir daripada merbahaya kepada Pak Lah...BERSAMBUNG

(TULISAN INI DIOLAH DARI YANG ASAL, MAAF KEPADA PENULISNYA,SEMOGA BERMANFAAT ISINYA UNTUK RAKYAT MALAYSIA)

7 comments:

Anonymous said...

Biasanya orang muda sekarang malas nak baca kalau terlampau besifat retorik dan panjang berjela.Apa yang mereka mahu ialah cepat dan tepat pada sasaran.

Anonymous said...

Saya harap penulis article ini jangan salah gunakan kontext Sun Tze, padahal sun tze `art of war' bukanlah sebuah bukeu yang mudah difahami.

Tahukah anda , Sun Tze lebih menegaskan `ethical dalam medan perang' strategi and kebijaksaan yang berlandaskan konsep 5 elementary and berasakan `Yijing' book of change.

Saya harap pengarang ini belajarlah bahasa cina sedalam dalamnya , barulah mengarang article ini ,

Memandangkan article ini , ini telah menunjukkan pengarang ini tidak memahami budaya cina langsung, apatah lagi sejarah cina pada zaman Chunqiu ??

Anonymous said...

Mukhriz yang tak membangunkan orang Melayu langsung, Tgk lah sendiri dengan bukti kukuh...di

http://www.raksasabn.blogspot.com/

artikel mukhriz masih mentah utk jadi panglima perang dan mukhriz mahu betulkan cara hisham kemudi pemuda dan dimana naib ketua kj pejuang wa waw wi gila???

Din

Anonymous said...

Anwar sahaja org yg bijak dalam kabinet Madey? Wakaka ...

Sapa2 yg buat statement ni bukan nak menolong Anwar tapi lagi nak melingkup dia lagi ada la.

Tak salah nak sokong sapa2 pun. Tapi jgn la sampai taksub dan buta hati hingga 1 sen dianggap lagi besar dari 1 pound sterling.

Nama2 besar mcm Musa Hitam, Ku Li, Ghazali Shafie, Daim, Sanusi, Rais Yatim, Shahrir Samad, Ahmad Rithaudeen pernah ada dalam kabinet Madey walaupun setengah kena kick-out, haha. Nak kata Anwar lagi pandai dari mereka2 ni aku rasa tak berapa sesuai lah. Anwar sendiri pun tak kan cakap mcm tu.

Anonymous said...

Bukanya menteri lain tu bengap belaka, namun tulisan ini saya lihat cuba memberi anggapan mereka masih tidak setaraf kualiti dua tersebut iaitu Mahathir dan Anwar dari segi keupayaan dan bijaksananya. Memang Mahathir dan Anwar dua tokoh yang tiada tandinganya di abad ini untuk mentadbir Malaysia yang diterima masyarakat berbilang kaum. Cuma kekurangan Mahathir sekarang ialah beliau sudah TUA, beliau sudah tidak punyai masa panjang untuk hidup.

Redhuan D. Oon said...

Salam hormat,
Saya adalah penulis artikel ini dan agak tersenyum terkejut ia disiarkan disini tanpa makluman kepada saya di http://padi-malaysia.blogspot.com/ Saya tidaklah mare cuma berharap lain kali hantar je emel kat saya di red1@red1.org untuk sekurang-kurangnya maklumkan saya kerana saya bertanggungjawab atas isi dan impaknya kepada minda kepala mereka nanti.

Secara tidak langsung saya berterima kasih tulisan saya dipaparkan disini dan menerima komen balas yang saya hargai kerana boleh cetus perbualan matang terhadap soal kepimpinan dalam konteks kemelut politik tanahair hari ini.

Sekarang izinkan saya membalas komen yang tertera di sini.

Mengenai tanggapan bahawa SunTze adalah beretika dalam perang, ia tidaklah timbul. Malah kitab "Thick Face Black Heart" adalah disumberkan dari SunTze. Ia mengamalkan fahaman "You have to be cruel to be kind".

Hendaklah fahami bahawa kelemahan Pak Lah dan Abuya alArqam pun bukanlah kerana mereka tidak berkahlak atau tidak lembut dan telus. Malah mereka aa semua tu tetapi mereka tidak tau rotan anak apabila perlu. Harap faham maksud yang tersirat :-)

Peace!

red1

Anonymous said...

red1,
yang pentingnya 'minda' hang tersebar luas. Bukankah begitu niat ikhlas hang terhadap agama kita ini.

Hang dah mintak izin 'sun tze' ke untuk siarkan kisahnya itu?

saja gurau jgn mare

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;