"Saya Berani Lawan Raja"

Wednesday, May 7, 2008

Mahathir Mahu ‘Ancaman Anwar’ diPandang Serius

"Naluri saya kuat mengatakan (mengenainya), ia boleh benar-benar berlaku. Pada mulanya saya mahu menolak kemungkinan itu tetapi setelah mengkaji keadaan itu, saya rasa wujud ancaman besar.

"Sudah tentu, jika kerajaan sekarang hilang kuasa, ia tidak mempunyai kedudukan untuk mengagihkan pelbagai faedah kerana pada masa itu pengaruhnya sudah hilang," katanya selepas menyampaikan ucaptama mengenai "Kedaulatan Negara" pada Siri Syarahan Perdana Ke7 di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat perlu diberi perhatian.BN mempunyai 140 anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan Pakatan Rakyat 82 daripada sejumlah 222 anggota Parlimen.

Kepada soalan lain mengenai sama ada Pembangkang akan berjaya mendapatkan 30 anggota Parlimen berkenaan, bekas Perdana Menteri merujuk kepada Sabah dan Sarawak."Jika kita ambil Umno, MCA dan MIC, akar umbi mereka di sini (di semenanjung) dan bukan di Sabah dan Sarawak. Walaupun ada Umno di Sabah, ia dipindahkan dari sini ke sana. Mereka sebelum ini merupakan parti-parti kecil.

Jadi dapatkah kita pastikan yang mereka akan kekal setia kepada Umno? Saya fikir tidak," katanya.Beliau berkata malahan di Semenanjung, mungkin akan ada anggota Parlimen yang akan lompat parti kerana mereka tahu yang mereka akan berada dalam kerajaan baru pimpinan pembangkang.

Dr Mahathir berkata tindakan lompat parti itu tidak akan menimbulkan masalah jika BN telah menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan jikapun ada anggota Parlimen yang lompat parti, mereka tidak akan dapat banyak faedah kerana anggota Parlimen itu masih dengan kelompok pembangkang.

"Tetapi sekarang jika mereka lompat parti, mereka akan menyertai kerajaan lain, mereka tidak akan rugi, malahan mereka boleh buat duit," kata bekas pemimpin berusia 83 tahun itu.

2 comments:

Anonymous said...

baguslah tu anwar pulak jadi pm

Anonymous said...

Mahathir pun dah terasa anwar bakal PM, macamana ni orang lain? Biasanya firasat mahathir ni tajam. Maklumlah beliau pernah masuk Kaabah di Mekah masa pergi Saudi Aarabia.

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;