"Saya Berani Lawan Raja"

Thursday, May 8, 2008

ANWAR, PRESIDEN UMNO SELEPAS ABDULLAH BADAWI, KHAIRY TIMBALAN PERDANA MENTERI ?

Berkali-kali saya nasihatkan kawan saya yang sorang ni asyik dengan teori gilanya yang langsung tidak munasabah jika difikir dengan otaknya itu. Dulu semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau menasihatkan saya: “Mat.. kalau kau ‘gilakan’ sangat yang Anwar akan jadi PM, kau akan ‘meroyan’ sebab tak lama lagi Anwar akan 'makan hati berulam jantung'. Karier politik Anwar akan tamat” katanya dengan yakin. Waktu itu baru ‘beres’ Konvensyen Masyarakat Madani, UKM yang telah dirasmikan oleh TPM waktu itu Anwar Ibrahim. Saya langsung tidak hiraukan pendapat kawan saya ini, malah menganggapnya gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, kerana Anwar masih popular dalam UMNO, malah Mahathir berkali-kali terus menitahkan Anwar penggantinya. Anwarlah orangnya selepas Mahathir. Tiada yang lain.

Mudah saja katanya, orang yang hebat seperti Mahathir adalah satu kewajiban beliau untuk TIDAK memilih penggantinya yang jauh lebih ‘gantang’ dan makluk genius politik sepertinya. Mahathir sangat tahu Anwar begitu popular, hebat dan berpengaruh. Orang sebegini tidak harus menggantikanya dan beliau amat maklum Anwar tidak akan terus melayan ‘nafsu serakahnya’. Malah Anwar bukan orang yang akan menjaga ‘kepentinganya’ setelah beliau tidak berkuasa.

Kini kawan saya yang gila dengan teorinya ini muncul kembali. Katanya akan berlaku kejutan besar Khairy menantu kesayangan Abdullah akan melompat ke dalam Pakatan Rakyat. Kawan saya ini kata, Khairy akan bersama geng 22 nya bertindak dari semenanjung bergabung dengan geng 30 dari Sabah Sarawak, maka terbentuklah kerajaan baru di Malaysia yang ber PM kan Anwar Ibrahim dan ber TPM kan Khairy Jamaluddin. Satu gabungan yang kuat dan padu.

Beliau mendakwa lagi, Khairy terpaksa berkelakuan sebegini demi menyelamatkan ‘diri dan keluarga Abdullah Badawi’ terus relevan. Jika beliau tidak bertindak bijak menyertai PKR, beliau tidak mungkin bangkit lagi sebagai jagoan politik setelah Pakatan Rakyat berkerajaan di Malaysia. Malah Khairy akan dipuji rakyat kerana tindakan mulia beliau sanggup berkorban demi keadilan rakyat Malaysia. Maka termakbulah cita-cita beliau untuk menjadi pemimpin Negara dalam usia 40an. Jika beliau terus berada dalam UMNO kini yang sudah paras hidung hampir lemas, beliau tidak akan kemana. Ketua Pemuda UMNO pun belum tentu milik beliau.

Anwar tentu akan rela hati melantik Khairy sebagai TPM, jika Khairy orang yang pertama beserta dua puluh dua lagi ahli parlimen semenanjung menyeberang ke PKR, malah Anwar tentu masih ingat kalau bukan kerana jasa Khairy menghantar sendiri passport Anwar untuk berubat di Jerman, masakan Anwar kini boleh berdiri tegak dan lurus, berceramah sana sini. Tentu Anwar kenang jasa Khairy.

Saya masih lagi memikirkan dengan minat teori kawan saya ini, kerana saya tidak mahu lagi terkhilaf dengan teori kejatuhan Anwar suatu waktu dahulu. Namun ada satu perkara lagi yang paling tidak masuk akal, dakwa beliau setelah Anwar jadi PM beliau akan membubarkan PKR dan memperkukuhkan UMNO sebagai nadi utama bangsa Melayu. Anwar akan kembali kepangkuan UMNO dan menjadi presidennya. Yang ini betul-betul tidak masuk akal. Hidup Melayu !

22 comments:

Anonymous said...

Kami antara penyokong reformasi amat mengalu-alukan jika sesiapa yang bertindak 'anak jantan' termasuk khairy berkerjasama menubuhkan kerajaan pakatan rakyat demi keadilan di Malaysia ini. Dengan syarat mestilah niat ikhlas untuk bela rakyat.

Anonymous said...

Khairy tolak dakwaan berpakat dengan Anwar

KUALA LUMPUR 10 Mei - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menolak dakwaan kononnya beliau berpakat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melobi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti dan mewujudkan kerajaan baru dalam Pakatan Rakyat.

"Itu adalah mitos, fantasi. Kalau begitu senanglah, pakat kemudian dia (Anwar) ja- di Perdana Menteri Ogos ini, dan saya Timbalan Perdana Menteri... Alhamdulillah," katanya berseloroh.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, enggan mengulas keputusan Pemuda UMNO Pahang yang mencadangkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda dan beliau hanya bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda dalam pemilihan parti Disember ini.

- Bernama

Anonymous said...

Apalagi khairy...jomlah menyeberang. Jalan dah terbuka. Kau duduk dalam UMNO pun bukan dapat apa. Kebanyakan orang UMNO dah benci dekat kau. Kami di pakatan rakyat tak kisah...asal kau insaf dan buang tabiat hodoh UMNO kau tu. Nanti kita bina semula UMNO menjadi parti utama orang melayu. OK

Anonymous said...

Jika Khairy bersama DSAI, ia tidaklah pelik. Mereka pernah bersama. Kalau dikaji, cara Anwar mendapatkan Azizah lebih kurang sama dgn cara Khairy memperisterikan Nori.

Khabarnya, Azizah adalah anak hakim yang menjatuhkan hukuman ISA ke atas Anwar. Betul ke? Wallahu'alam

Khairy juga antara orang terawal yg ziarah Anwar ketika beliau keluar dari penjara dahulu.

If benar perkara ini, kita wajar salute pada Khairy sbb beliau berjaya memecah belahkan UMNO from inside.

Anonymous said...

tak dpt pulak nak bayangkan khairy berkejasama dgn anwar..tak secocok..khairy ni tiada aspirasi perjuangan..bukan pejuang tulen..klau tak krn jadi menantu pm jgn haraplah jd naib pemuda, ajk cawangan pun belum tentu...lupakanlah hasrat nak jd pm 40 thn tu...byk lagi pemimpin berwibawa...

maklumat terkini: anwar akan jd pm pada 4/6/08 ? ada sesiapa boleh bg komen?

Anonymous said...

``Kalau nak buat kenyataan biarlah munasabah, jangan hina kemampuan kita yang boleh berfikir. Kalau Anwar nak jadi Perdana Menteri, dia kena menang pilihan raya umum akan datang bukannya dengan harap ada yang melompat parti menyertainya,`` itulah reaksi spontan Datuk Ibrahim Ali.

Diminta menjelaskan apakah yang beliau maksudkan, Ibrahim berkata, adalah sesuatu yang sukar untuk diterima akal yang waras untuk menerima kenyataan Anwar bahawa beliau telah mempunyai bilangan Ahli Parlimen BN yang mencukupi untuk menyertainya membentuk kerajaan yang baru.

``Bukan mudah untuk dapat 30 orang yang nak lompat ... kalau cakap dua tiga orang itu munasabahlah. Itu yang saya maksudkan jika nak buat kenyataan biarlah yang masuk akal,`` katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari Selasa.

Anonymous said...

4/6/2008 tak mungkin?
Walaupun dlm politik semuanya serba kemungkinan, tapi bukan senang nak dpt 30 atau 40 utk lompat ke PKR.

Anwar kena dpt banyak MP, sbb mesti dpt lebih 2/3 majoriti. Kecuali Kahiry sanggup menderhaka kpd bapak mertua, bawak masuk ramai MP ke PKR.

Anonymous said...

Anwar tak nak bentuk kerajaan dgn majoriti mudah. Sbb tu dia perlukan ramai mp untuk seberang. Kalau tergesa-gesa nanti jika berlaku sabotaj...mampuih lah.

Walaupun dah ada yg berminat, tapi dlm politik faham-faham ajerlah... semuanya dibuat demi kepentingan perut masing-masing. Semua nak selamatkan diri. Jika umno/bn karam, mesti perlu selamat diri pada kapal lain (pkr,pas,dap).

Jika lambat lagi... adakah kapal BN akan karam? Anwar mesti bertindak tahun ini juga. Jika tidak bukan BN yg karam, tapi PKR yang mati lemas.

Anonymous said...

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau menerima beberapa panggilan dan dikunjungi 'duta kecil' pembangkang minggu lalu serta minggu sebelumnya, yang cuba memujuknya menyertai Pakatan Rakyat dan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.

Ditanya sama ada tawaran itu berjumlah jutaan ringgit, beliau berkata: "Tekaan anda adalah seperti tekaan saya. Kalau saya ambil saya akan senang dua tiga generasi."

Bagaimanapun, beliau menolak tawaran itu kerana parti pembangkang tidak boleh dipercayai.

"Mereka selalu mendabik dada menjadi kerajaan kelas pertama yang tidak mempunyai unsur rasuah, tapi pada masa sama memberi rasuah wang dan jawatan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Mengulas lanjut tindakan pembangkang itu, Abdul Rahman berkata ia adalah hipokrasi terbesar di dunia dan Anwar tidak boleh dipercayai.

Anonymous said...

Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan parti itu menawarkan wang, sebaliknya hanya menjanjikan pakej kemudahan pendidikan dan projek pembangunan untuk Sabah dan Sarawak.

Beliau mendakwa ini adalah masa terbaik untuk bersama pembangkang bagi memajukan Sabah dan Sarawak.

Anonymous said...

Berkaitan penyertaan Ahli Parlimen bersama PR, ada yang menyanggah sebagai tidak beretika. Mengapa tidak disentuh isu moral dan etika tatkala menilai prestasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dinodai dengan penipuan, undi pos, sekatan media, rasuah!

Yang disarankan adalah pemerintahan bersih dan adil, royalti 20 peratus untuk negeri pengeluar minyak - Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Walaubagaimanapun, kaedah pengurusan kewangan akan diperketatkan dan keutamaan adalah pembinaan prasarana asas, tumpuan pendidikan, kesihatan dan pembasmian kemiskinan. Malah yang lebih menarik adalah justeru kesediaan Ahli Parlimen BN yang memohon untuk menyeberang.
---
Kempen media Umno kencang dengan agenda dan survival Melayu. Tidak pula dipersoal kepada pimpinan Umno, sarjana upahan serta bala tentera BTN mengenai amanah setengah abad yang diserahkan kepada Umno untuk memelihara kepentingan Melayu!

Dalam perhimpunan 14 April di Kg Baru saya tegaskan pendirian KeADILan dan Pakatan Rakyat mempertahankan kemurnian semangat Perlembagaan Negara - menjadi Malaysia negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi berParlimen.

Maka selaras dengan prinsip sedemikian kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera tetap dipertahankan di samping jaminan memelihara hak kaum, bahasa dan agama lainnya.

Arakian gembar-gembur sekonyong-konyong kedudukan Melayu akan ranap tidak lebih dari pintasan singkat mengelak dari serangan masyarakat Melayu sendiri terhadap penguasa rakus dan rasuah yang memperalatkan isu Melayu dan DEB untuk memperkaya keluarga dan kroni!

Dan menyinggung khusus isu ekonomi saya syorkan ditelaah semula Agenda Ekonomi Malaysia. Saya yakin malahan kepentingan Melayu dan bumiputera akan lebih terjamin.

ANWAR IBRAHIM

Anonymous said...

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang juga anggota Parlimen Rembau, berkata pemberian sogokan untuk lompat parti sesuatu yang serius dan mungkin ada kebenarannya apabila ramai yang memperkatakan mengenai perkara ini.

"Pemberian rasuah ibarat memberi 'gula-gula politik' untuk mereka melompat parti dan ia akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat sekaligus akan menghakis semangat demokrasi di negara ini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mendakwa lebih daripada 30 anggota Parlimen telah menyuarakan taat setia mereka.

"Kita juga akan umumkan senarai nama anggota Parlimen yang sudah bersetuju untuk masuk parti pembangkang dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan senarai Anggota Parlimen yang menyertai parti pembangkang itu datang dari Sabah atau sebaliknya.

"Kita tidak 'approach' mereka tetapi mereka yang datang jumpa kita," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua meminta kerajaan membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai wang yang banyak sehingga mampu membuat tawaran jutaan ringgit kepada anggota Parlimen untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Menurut Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail, Pakatan Rakyat tidak pernah menawarkan sebarang imbuhan kepada mana-mana Ahli-ahli Parlimen yang ingin menyertai pakatan itu.

“Mereka yang ingin menyertai kami kerana setuju dengan agenda rakyat yang kami perjuangkan, bukan kerana wang. Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Abdul Rahman,” kata Saifuddin.

“Malah kalau pun, katakanlah kami bersetuju dan ada niat untuk menawarkan wang, Abdul Rahman tidak bernilai satu sen,” kata Saiduddin dengan nada sinis.

Anonymous said...

LAPORAN POLIS

KOTA KINABALU: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Abdul Razak Jamil hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kota Belud dari Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa ditawarkan ganjaran lumayan untuk berpaling tadah.

Abdul Razak, yang juga seorang peguam, membuat laporan itu di Balai Polis Karamunsing dekat sini petang ini, dan meminta polis menyiasat sama ada dakwaan itu menyalahi peruntukan Akta Kanun Keseksaan dan Akta Pilihan Raya.

"Kita mahu beliau mengemukakan bukti. Sesiapa pun boleh buat dakwaan dan jika beliau gagal berbuat demikian ia adalah satu perbuatan fitnah semata-mata untuk mencemar imej parti,” katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Abdul Rahman berkata pembangkang yang terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Bn sanggup menawarkan ganjaran besar sehingga boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi keluarga Ahli Parlimen yang berpaling tadah.

Malah, beliau dilaporkan berkata, telah dikunjungi wakil pembangkang minggu lepas serta minggu sebelumnya untuk memujuknya menyertai Pakatan Rakyat dan dijanjikan kedudukan dalam kerajaan.

Abdul Razak berkata mengikut peruntukan dalam Akta Pencegahan Rasuah, sesiapa yang ditawarkan ganjaran atau rasuah perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Badan Pencegah Rasuah, dan jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang boleh dikenakan. - Bernama

Anonymous said...

Aku bukan suka sangat Anwar tu, tapi aku tak mahu lagi ditipu oleh UMNO dan Barisan Nasional. Rakyat miskin akan ditipu semalam, hari ini dan selama nya oleh Barisan Nasional.

Anonymous said...

Kalau ramai sangat menyeberang ke PKR buat menyemak ajer, faham je lah UMNO ni parti untuk membuncitkan perut masing-masing.

Anonymous said...

''Buktikanlah.. bercakap siapa pun boleh bercakap... saya cabar Kota Belud buktikan jumlahnya, tarikhnya dan siapa orang perantara yang disebut itu,"

Sementara itu ditanya apakah Ahli Parlimen Kota Belud itu termasuk dalam senarai mereka yang akan menyertai pembangkang, Azmin Ali berkata: ''Kota Belud...? Dia perasan saja... Kita (PKR) tak perlu orang yang bercakap soal wang dan rasuah.

''Pada kita mana-mana Ahli Parlimen BN yang bercakap tentang ganjaran kewangan untuk mereka menyertai pembangkang, kita akan keluarkan nama mereka dari senarai termasuk dari Kota Belud jika ada."

Kata Azmin pakatan pembangkang tidak akan sesekali beri sogokan kewangan.

Datuk Abdul Rahman Dahlan, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (juga ahli parlimen Barisan Nasional kawasan Kota Belud,Sabah)sebelum ini memberitahu para wartawan di lobi parlimen beliau ada menerima tawaran dari pihak tertentu baru-baru ini yang akan membolehkannya hidup senang beberapa generasi supaya melompat parti.

"Oh...jumlahnya cukup besar...saya akan beritahu bila tiba masanya nanti...dua tiga generasi senang,"katanya.

Anonymous said...

SINGKIR SEGERA ABDULLAH

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan segera Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi untuk menyelamatkan diri dan kroninya dari terus musnah dan dimalukan. Beliau sudah tidak tahan lagi dengan Abdullah yang terus menerus membuka pekung lamanya. Beliau kini amat tertekan dan hampir gila talak.

Beliau berkata demikian semasa berucapn pada forum bertajuk ‘UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati Rakyat’ yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor di Johor Bharu tengahari Sabtu.

Anonymous said...

The statements made by Datuk Mukhriz Mahathir with regards to Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s alleged connections to American anti-Islamic elements are entirely misleading and done in bad faith.

The choice of Paul Wolfowitz as the author for the Time Magazine article on Dato’ Seri Anwar was an independent decision made entirely by Time Magazine themselves.

Datuk Mukhriz conveniently fails to note a significant passage within Mr. Wolfowitz’s article itself, which states that:

“When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements.”

Mr. Wolfowitz himself admits that Dato’ Seri Anwar’s stance on Iraq was harshly critical and that Dato’ Seri Anwar made clear his disagreements.

Dato’ Seri Anwar’s decision not to burn bridges only speaks to his statesmanship, as clearly, blindly severing ties would not have helped to stop the war or contribute towards any hope for peace in the future.

Accusations about the Jerusalem Post alluding to Dato’ Seri Anwar as the next Prime Minister of Malaysia borders on ridiculous. If Datuk Mukhriz can prove that the Jerusalem Post was the only newspaper in the entire world to speculate that Dato’ Seri Anwar may well be the next Prime Minister of the world, then perhaps his accusations may actually hold some water.

The truth is that media in the rest of the world does not come under the control of Barisan Nasional, unlike media in Malaysia. Objective eyes all around the world can see the plain truth that recent political developments, a people’s renaissance and the impending implosion of Barisan Nasional all point strongly towards the possibility of Dato’ Seri Anwar becoming Malaysia’s next Prime Minister.

With regards to the Foundation for the Future, Datuk Mukhriz enthusiastically points out the sources of the Foundation’s funding, but fails to elaborate on how the money was spent.

Among the many projects that the Foundation has spent millions supporting are:

* The Arab Focus on Rule of Law Reform - The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)

* Regional Action Network on Tolerance - Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestine)

* Youth and Democracy Reform in Yemen - National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)

* Middle East Center for Media Excellence - Samir Kassir Foundation (Lebanon)

* Women’s Human Rights Education Program - Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)

* Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary - United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates (Egypt)

* Institutional Support for the Central Elections Commission - Central Elections Commission (Palestine)

* Human Rights Information & Training Center - HRITC (Yemen)

* The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity - ACRLI (Jordan)

Contrary to Datuk Mukhriz’s jealous and misguided suspicions, Malaysians should be proud of the high regard in which the international community views one of our own - choosing Dato’ Seri Anwar both to Chair a Board of Directors in the Foundation consisting of prominent international personalities, as well as choosing him as one of the 100 most influential people in the world - the first time this honour has ever been accorded to a Malaysian.

There is clearly nothing suspicious in Dato’ Seri Anwar’s involvements and working relationships. Sadly, the same cannot be said for those close to Datuk Mukhriz.

While the relationships Datuk Mukhriz alludes to have been demonstrated to be entirely professional and ethical, Malaysians will have to bear the shame of a former Prime Minister, Tun Mahathir Mohammed, having been exposed as being involved in the payment of RM 4.6 million to a staunch pro-Zionist American lobbyist, Jack Abramoff in order to secure a meeting between Tun Mahathir and President George Bush.

Abramoff pleaded guilty to bribing American politicians and defrauding Native American tribes in casino deals, and Tun Mahathir himself has admitted that the money was paid to secure the May 2002 meeting, calling it “normal practice.” The recent findings of the Royal Commission demonstrate Tun Mahathir as a man who has no qualms about using vast sums of money to exert undue influence.

We note that Dato’ Seri Anwar has no need to pay anyone in order to be invited by global leaders and heads of state, and are proud of his standing internationally, especially in the Islamic world, where his views as a statesman and a scholar are held in extremely high regard.

Datuk Mukhriz’s attacks are clearly a desperate attempt to deflect public attention from the Royal Commission report that implicates his father’s abuse of power and systematic destruction of the integrity of our judiciary.

We invite any and all to objectively scrutinise Dato’ Seri Anwar’s record as an exemplary Malaysian, Muslim and Malay leader who has invariably and consistently stood for what is right, and what is just - for Malays, Muslims, Malaysians, and for every human being.

Dato’ Salehuddin Hashim
Secretary General
Parti Keadilan Rakyat

Anonymous said...

Hello I'd like to thank you for such a great made site!
Was thinking this would be a perfect way to introduce myself!

Sincerely,
Hilary Driscoll
if you're ever bored check out my site!
[url=http://www.partyopedia.com/articles/fathers-day-party-supplies.html]fathers day Party Supplies[/url].

Anonymous said...

Hello. My wife and I bought our house about 6 months ago. It was a foreclosure and we were able to get a great deal on it. We also took advantage of the 8K tax credit so that definitely helped. We did an extensive remodeling job and now I want to refinance to cut the term to a 20 or 15 year loan. Does anyone know any good sites for mortgage information? Thanks!

Mike

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casino bonus[/url] brake the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]casino games[/url] autonomous no consign hand-out at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]online casino
[/url].

Adakah anda percaya, Khairy akan menyertai PKR dan berkerjasama dalam satu pakatan yang kuat membentuk kerajaan persekutuan yang adil bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim;